Oleh Ts. Dr. Roslinda Ali

PAGOH, 10 Jan 2023 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjalinkan kerjasama dengan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) bagi meningkatkan amalan kitar semula dan gaya hidup lestari dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat.

Jalinan kerjasama tersebut sebagai usaha untuk membantu negara mencapai 40 peratus kadar kitar semula kebangsaan menjelang 2025.

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTHM dan SWM Environment telah diadakan pada 10 Januari 2023 lalu bertempat di UTHM Kampus Pagoh.

UTHM diwakili Naib Canselor, Profesor Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim manakala SWM Environment pula diwakili Pengurus Besar Korporat, Haji Norlisam Mohd Nordin.

Hadir sama ke majlis MoU tersebut, Provost UTHM Kampus Pagoh, Profesor Ts. Dr. Kamarulzaki Mustafa dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Profesor Madya Ts. Dr. Jumadi Abd Sukor.

Menurut Prof. Ruzairi, UTHM sangat berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan syarikat konsensi terbesar itu di Malaysia.

“Kerjasama antara UTHM-SWM Environment telah dijalankan sejak tahun 2018 lagi dan lebih dari 30 program telah dilaksanakan termasuk program berbentuk khidmat masyarakat, forum, webinar dan kempen,” katanya.

Manakala Norlisam pula berkata melalui program kitar semula berganjaran KITARecycle, seramai 1,123 mahasiswa UTHM telah mendaftar sebagai ahli manakala sebanyak 2,873kg bahan kitar semula telah berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh tersebut.

Turut diadakan pada hari tersebut, forum bertajuk “Pasca Covid-19: Pengurusan Sisa Pepejal dan Kitar Semula” khusus untuk warga kampus berkongsi pengalaman dan memberi maklumat lengkap tentang pengurusan sisa serta panduan melaksanakan aktiviti kitar semula.

 

 

Berita ini juga diterbitkan di:

1. Johor China Press (johor.chinapress.com.my), 10 January 2023: SWM????????? ??????????

https://johor.chinapress.com.my/20230110/swm%e4%b8%8e%e5%b7%b4%e8%8e%aa%e6%95%a6%e8%83%a1%e5%85%88%e7%bf%81%e5%a4%a7%e5%ad%a6-%e7%ad%be%e6%94%b9%e5%96%84%e8%b5%84%e6%ba%90%e5%9b%9e%e6%94%b6%e5%a4%87%e5%bf%98%e5%bd%95/

 

2. China Press (Johor) (page: C3), 11 January 2023: SWM and UTHM Pagoh sign MoU 

 

3. Utusan (utusan.com.my), 11 Januari 2023: SWM perkasa kerjasama dengan IPT

SWM perkasa kerjasama dengan IPT

 

4. Kosmo (muka surat: 18):, 12 Januari 2023: SWM perkasa kerjasama di semua IPT

5. Sin Chew Daily (Johor) (page: 3), 12 January 2023: SWM and UTHM sign MoU to improve recycling rate, raise awareness of environmental protection