Bernama, 24 Ogos 2022

Ibrahim berkata, Projek Penyelidikan dan Inovasi Budaya dan Warisan Johor (RICHER) akan membangunkan portal digital berpusat merangkumi gambar, video, keratan akhbar dan bahan-bahan lain.- Facebook Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM

BATU PAHAT, 24 Ogos (BERNAMA): Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Perpustakaan Tunku Tun Aminah kini sedang giat dalam usaha “mendigitalkan” sumber sejarah, kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata usaha berkenaan yang dikenali sebagai Projek Penyelidikan dan Inovasi Budaya dan Warisan Johor (RICHER), akan membangunkan portal digital berpusat merangkumi gambar, video, keratan akhbar dan bahan-bahan lain.

Beliau berkata para pengkaji sejarah, pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat dengan sejarah, kebudayaan dan kesenian Johor, boleh mendapatkan maklumat yang tepat dengan hanya melayari Internet atau aplikasi telefon pintar.

“Kita juga akan memaparkan sumber sejarah ini dengan menggunakan teknologi animasi seperti Realiti Maya, Realiti Terimbuh, Realiti Campuran dan Penerokaan Maya bagi menarik minat golongan muda.

Buat permulaan ini, RICHER ini akan memberikan tumpuan kepada tiga projek iaitu Gambus, Pertempuran di Parit Sulong dan Sejarah Perlombongan Bijih di Sri Medan. Selain itu, UTHM juga ada membuka sebuah galeri berkaitan RICHER di perpustakaannya dan dibuka kepada umum,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian RICHER dan Bicara Negarawan -Tun Hussein Onn, yang disempurnakan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Samsolbari Jamali dan dihadiri oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Jaafar Sidek Abdul Rahman.

Selain UTHM, projek RICHER ini merupakan kerjasama Arkib Negara Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sejarah di negeri Johor.

“Saya yakin dengan adanya usaha ini, ia akan memudahkan dan memberikan manfaat kepada negeri Johor, terutamanya kepada pengkaji sejarah. Melalui projek yang sama kita juga akan membangun ‘Projek Laman Web Peta Johor’,” katanya.

Sementara itu, Samsolbari berkata usaha itu mendapat sokongan kerajaan negeri.

Beliau berkata dalam masa yang sama, usaha berkenaan dapat memelihara khazanah negeri dalam bentuk sumber rujukan yang baharu.

“Saya dapat katakan yang usaha ini sebagai menjenamakan semula penyelidikan warisan Johor dengan kaedah terkini seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” katanya.

— BERNAMA

Berita ini telah diterbitkan di :

1. bernama.com, 24 Ogos 2022 : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2114096 

2. astroawani.com, 25 Ogos 2022 : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/uthm-giat-digitalkan-sumber-sejarah-kebudayaan-johor-377726

3. Utusan Borneo Sabah, 25 Ogos 2022 :

4. Utusan Borneo Sarawak, 25 Ogos 2022 :

UTHM angkat martabat sejarah, kebudayaan dan kesenian Johor menerusi RICHER

5. sinarbestari.sinarharian.com, 1 September 2022 : https://sinarbestari.sinarharian.com.my/ipt/uthm-angkat-martabat-sejarah-kebudayaan-dan-kesenian-johor-menerusi-richer/

6. msn.com, 1 September 2022 : https://www.msn.com/en-my/news/berita/uthm-angkat-martabat-sejarah-kebudayaan-dan-kesenian-johor-menerusi-richer/ar-AA11kLiw

This news was published in :

Varsity to digitalise Johor`s historical and cultural resources

7.  bernama.com, 24 August 2022 : https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2114154

8. The Star, 25 August 2022 : 

9. thestar.com, 25 August 2022 : https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/08/25/varsity-to-digitalise-johors-historical-and-cultural-resources

10. China Press, 27 August 2022 : UTHM actively pursues research to digitize Johor cultural heritage materials 

11. johor.chinapress.com, 27 August 2022 : https://johor.chinapress.com.my/20220827/uthm%E7%A7%AF%E6%9E%81%E5%B1%95%E5%BC%80%E7%A0%94%E7%A9%B6-%E6%95%B0%E7%A0%81%E5%8C%96%E6%9F%94%E6%96%87%E5%8C%96%E9%81%97%E4%BA%A7%E8%B5%84%E6%96%99/

12. Radio 24 FM (UTHM) UTHM To digitalise Johor historical cultural resources

 

13. Radio Traxx FM (UTHM) UTHM To digitalise Johor historical cultural resources