UTHM dianugerah Top Active Achievement Awards 2021 oleh Huawei Malaysia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta rekod membanggakan apabila berjaya meraih Top Active Achievement Awards 2021 oleh Huawei Malaysia ketika berlangsungnya Huawei ICT Competition 2021-2022 yang diadakan secara maya pada 19 November lalu.

Manakala tiga pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) di bawah penyelarasan Dr. Mariyam Jamilah Homam diumumkan sebagai pemenang bagi Huawei ICT Competition Malaysia 2021 (Network Track).

Raden Mohamad Syifullah Raden Sumarto berjaya meraih tempat pertama, manakala Mohd Nawawi B Ayup Jehmy @ Ayub meraih tempat kedua dan Tee Bee Ling pula di tempat ketiga

Anugerah ini diberi selepas UTHM-HUAWEI ICT Academy di bawah FKEE bejaya menawarkan 10 program persijilan secara Massive Open Online Course (MOOC) melalui platform Huawei Talent, dengan penglibatan lebih 250 pelajar pada Semester 3 2020/2021.

Melalui program ini, pelajar yang lulus ujian HCIA akan dianugerahkan dengan sijil kompetensi Huawei.

Terdahulu, UTHM telah diiktiraf sebagai Huawei ICT Academy sejak Ogos 2019. Rentetan itu, beberapa program pensijilan telah ditawarkan bermula pada Semester 2 2020/2021 iaitu HCIA Routing and Switching dan HCIA Cloud Computing.

Selain itu, kursus HCIA Routing and Switching, HCIA AI dan HCIA Cloud Computing telah dibangunkan dan ditawarkan sebagai kursus elektif pilihan dalam program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian (BEJ) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian (BEV).

Untuk rekod, program Huawei ICT Academy yang mula dilancarkan sejak 2013 merupakan projek kerjasama universiti-industri yang melibatkan institusi pengajian tinggi negara.

Program ini dibangunkan bertujuan membina ekosistem dan merancakkan pembangunan industri ICT, seterusnya mengintegrasikan industri dan institusi pendidikan dalam memupuk bakat baharu.

Berikut merupakan program pensijilan yang ditawarkan dan penyelaras program adalah:

  1. HCIA 5G (Dr. Zuhairiah Zainal Abidin)
  2. HCIA Access (PM Dr. Noran Azizan Cholan)
  3. HCIA Big Data (Dr. Danial Md Nor)
  4. HCIA IoT (Ts Sharifah Saon)
  5. HCIA AI (PM Ir Dr Abd Kadir Mahamad)
  6. HCIA Data Communication (Dr Mariyam Jamilah Homam)
  7. HCIA Storage (Dr. Ansar Jamil)
  8. HCIA WLAN (PM Dr. Fauziahanim Che Seman)
  9. HCIA Security (Dr. Shamsul Mohamad)

 

*Tiga pelajar FKEE di bawah penyelarasan Dr. Mariyam Jamilah Homam yang diumumkan sebagai pemenang bagi Huawei ICT Competition Malaysia 2021 (Network Track).

 

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanKejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Subscribe