UTHM gondol 10 pingat di ITEX’ 2020

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi mencipta sejarah apabila sekumpulan penyelidik yang juga pensyarah berjaya merangkul 10 pingat ketika menyertai 31st International Invention, Innovation...

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi mencipta sejarah apabila sekumpulan penyelidik yang juga pensyarah berjaya merangkul 10 pingat ketika menyertai 31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition, Malaysia (ITEX’ 2020) yang diadakan pada 20 dan 21 November lalu di Kuala Lumpur Convention Centre.

Menurut Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Profesor Madya Ts. Dr. Norzila Othman, daripada 10 penyertaan yang dipertandingkan, UTHM berjaya membolot sembilan pingat emas dan satu perak di program yang berlangsung secara maya ekoran penularan pandemik Covid-19.

Katanya lagi antara sembilan pingat emas yang dimenangi, lima daripadanya adalah menerusi produk inovasi dalam kategori ‘Building & Construction’ iaitu `MYRODPULL : Extracting The Rod of Mackintosh Probe’, ‘ROOFING SURVEY – A Rating System For Roof Condition Ranking’, ‘EPS – Pofa Reinforced Concrete Beam (Epofa RC Beam)’, ‘Innovative Postframes’ dan ‘Construction Managers Technical Competency Model For The Malaysian Construction Industry.

Dua produk inovasi pula dalam kategori ‘Materials’ iaitu ‘Decoosel’ dan ‘Halal Hydroxyapatite From Black Tilapia Fish Waste For Biomedical Applications’.

Manakala dua lagi produk masing-masing dalam kategori ‘Environment, Energy’ iaitu ‘Low Carbon Cities (LCC) Transport Monitoring System’ dan kategori ‘ICT, Telecommunications, Audio Visual’ iaitu ‘Smart Laundry Management Tool.’

Selain itu, satu pingat perak pula diraih menerusi produk inovasi dalam kategori ‘Environment, Energy’ iaitu ‘Photocatalyst : CU-TIO2 For Excellent Herbicide Treatment’.

Program anjuran bersama Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan C.I.S Network Sdn. Bhd. ini disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad pada 21 November lalu. Turut serta, Presiden MINDS, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Augustine S.H Ong dan Presiden C.I.S, Dato’ Vincent Lim.

“ICC UTHM mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan semua penyelidik yang menyertai ITEX’ 2020.

“Pihak kami berbangga kerana pencapaian ITEX’ 2020 pada kali ini merupakan kejayaan yang cemerlang dan menyaksikan peningkatan dalam penerimaan anugerah emas berbanding pada tahun 2019, yang mana UTHM membawa pulang empat pingat emas dan enam pingat perak,” ujarnya.

 

KEPUTUSAN ITEX’2020

BUILDING CONSTRUCTION
PROF. MADYA Ts. MASIRI BIN KAAMIN MYRODPULL : EXTRACTING THE ROD OF MACKINTOSH PROBE GOLD
Sr. Ts. Dr. MOHAMMAD ASHRAF BIN ABDUL RAHMAN ROOFING SURVEY – A RATING SYSTEM FOR ROOF CONDITION RANKING GOLD
Ir. Ts. MOHAMAD HAIRI BIN OSMAN EPS – POFA REINFORCED CONCRETE BEAM (EPOFA RC BEAM) GOLD
Ts. Dr. AHMAD FAHMY BIN KAMARUDIN INNOVATIVE POSTFRAMES GOLD
Dr. HAIRUDDIN BIN MOHAMMAD CONSTRUCTION MANAGERS

TECHNICAL COMPETENCY MODEL FOR

THE MALAYSIAN CONSTRUCTION

INDUSTRY

GOLD
ENVIRONMENT, ENERGY
Dr. KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMAD LOW CARBON CITIES (LCC) TRANSPORT MONITORING SYSTEM GOLD
Dr. SYAZWAN HANANI BINTI MERIAM SUHAIMY PHOTOCATALYST : CU-TIO2 FOR

EXCELLENT HERBICIDE TREATMENT

SILVER
ICT, TELECOMMUNICATIONS, AUDIO VISUAL
PROF. MADYA Ts. Dr. ELMY JOHANA BINTI MOHAMAD SMART LAUNDRY MANAGEMENT TOOL GOLD
MATERIALS
Dr. NOR HAZURINA BINTI OTHMAN DECOOSEL GOLD
PROF. MADYA Dr. HASAN ZUHUDI BIN ABDULLAH HALAL HYDROXYAPATITE FROM BLACK

TILAPIA FISH WASTE FOR BIOMEDICAL APPLICATIONS

GOLD

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanPenyelidikan dan Inovasi

RELATED ARTICLE