BATU PAHAT – Sekretariat Badan Beruniform dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Karnival Patriotisme 2019 pada 7 Mac hingga 16 Mei lalu melibatkan penyertaan badan-badan beruniform yang ada di universiti ini.

Penyertaan dan komitmen daripada sembilan badan beruniform iaitu PALAPES, Kor SUKSIS, Kor SISPA, RELASIS SISKOR, KLKM, Korsiswa BOMBA, BSMM dan Persatuan Pandu Puteri ini telah memeriahkan lagi karnival ini.

Penganjurannya bertujuan untuk mewujudkan ruang perbincangan, perkongsian, kerjasama, pengalaman dan idea dalam mengukuhkan lagi  semangat pastriotisme dalam kalangan pelajar Badan Beruniform di UTHM.

Karnival Patriotimse 2019 ini juga dijadikan platform untuk menganjurkan aktiviti yang berupaya mengenalpasti isu-isu berkaitan badan beruniform selain mampu membangkitkan lagi semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan peserta melalui aktiviti kesukarelawan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Afandi Ahmad hadir menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Patriotimse 2019 yang diadakan pada 16 Mei lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, kampus induk.

Beliau dalam ucapannya  menyeru semua badan beruniform yang terlibat untuk sentiasa bersatu hati memperjuangkan matlamat masing-masing dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Saya gembira dengan penganjuran karnival ini yang melibatkan kerjasama daripada sembilan badan beruniform dan amat berharap pasukan besar ini dapat menyemai budaya bermuafakat bagi mendapat lebih keberkatan,” katanya.

Turut diadakan dalam majlis tersebut, tazkirah ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Amirulhakim Saparudin dari Pusat Islam UTHM dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa.

 

 

Senarai Pemenang Pertandingan:

Bil Program Keputusan
1 Seminar Badan Beruniform Johan: Nur Afifah binti Yoursri (PANDU PUTERI)

Naib Johan: Nurhana Amalin Binti Che Ismail (KOR SUKSIS)

Tempat 3: Mahfuzah Binti Meran (KOR SISPA)

2 kategori khas yang dipertandingkan, kategori kertas seminar terbaik :-

: Mahfuzah Bin Meran (KOR SISPA)

Kategori pembentang terbaik: Mustafa bin Abdullah (KELANA SISWA)

 

2 Explorace Mix Johan  dimenangi oleh: kumpulan DELTA

Naib johan dimenangi oleh: kumpulan CHARLIE

Tempat Ketiga dimenangi oleh: kumpulan BRAVO

Tempat keempat dimenangi oleh: Kumpulan ECHO

Tempat kelima dimenangi oleh: kumpulan ALPHA

Tempat keenam dimenangi oleh: kumpulan FOXTROT

Tempat ketujuh dimenangi oleh : kumpulan GOLF

 

3 Uniform Body Young Motivator Competition UTHM 2019

 

Johan dimenangi oleh: Iskandar Naqiuddin bin Mohd Hisham (KOR SUKSIS)

Naib johan dimenangi oleh: Amyrul bin Nordin (PALAPES)

Tempat ketiga dimenangi oleh: Ras Amira Hasni binti Raslan (RELASIS)