447 staf terima anugerah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

BATU PAHAT – Seramai 185 orang staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang berlangsung pada 29 April lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim,...
DSC_0404

BATU PAHAT – Seramai 185 orang staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang berlangsung pada 29 April lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk.

Manakala 262 staf lagi telah terpilih menerima beberapa anugerah lain antaranya Anugerah Taat Setia (ATS), Anugerah Jasa Bakti (AJB), Anugerah Khas Panel Pembangunan Sumber Manusia (AKPPSM),  Anugerah Cuti Belajar (ACB) dan Penghargaan Kepada Pesara.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wilayah merangkap Ahli Parlimen Seri Gading, YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh. Turut hadir ke majlis tersebut Naib Canselor UTHM, Profesor Ts Dr. Wahid Razzaly, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Md Noor Nawi dan Profesor Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin serta barisan kepimpinan universiti.

Beliau dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah serta turut mengingatkan warga UTHM untuk sama-sama menjiwai aspirasi kementerian dalam memantapkan lagi prestasi kerja dan pencapaian universiti di peringkat global.

Manakala Naib Canselor pula berharap para penerima anugerah tahun ini mampu menjadi role-model yang berupaya menjadi inspirasi kepada rakan-rakan sekerja yang lain untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

“Saya berharap penganjuran majlis penghargaan seumpama ini akan menjadi pemangkin kepada warga universiti agar sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menambaik dan mempertingkatkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas di tempat kerja,” katanya.

Sementara itu salah seorang penerima Anugerah Taat Setia, Naim Maslan pula menyeru warga kerja yang lain untuk bersama-sama menyemai sikap sayangkan kerja dengan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.

“Kerjalah dengan bersungguh-sungguh dan penuh berintegriti, gunakan masa bekerja dengan sebaiknya dan hargai kerjaya ini kerana di luar sana ramai yang menunggu untuk mengisi perjawatan kosong di universiti ini,” katanya yang telah berkhidmat selama 20 tahun bersama UTHM.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini merupakan inisiatif universiti untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah menunjukkan prestasi cemerlang setiap tahun.

Majlis ini turut mempamerkan penghargaannya kepada warga kerja universiti yang telah bersara dalam perkhidmatan selain turut menghargai staf-staf yang telah berkhidmat di UTHM melebihi 10 dan 20 tahun.

Di samping itu, Majlis APC kali ini juga turut memberi penghargaan kepada waris staf universiti yang telah meninggal dunia atas jasa mereka dalam perkhidmatan.

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE