eREKA 1PERLIS – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya merangkul sebanyak empat pingat emas dan dua pingat perak, ditambah dengan kejayaan projek ” EEG pattern of Learning methodology between cognitive and psychomotor for non-dyslexia person ‘ oleh Dr. Norfaiza Fuad daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) yang meraih ‘1st winner Best Category Award’ di e-REKA: Industry and Networking Pitching (e-REKA2018) anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada hari ini,20 Disember 2018.

Selain anugerah tersebut, UTHM juga telah berjaya memperolehi empat pingat emas melalui projek Dr. Norfaiza, bersama projek ‘Malaysian Secondary School Menu Planning Programme (with Sufahani-Ismail Algorithm)’ oleh Dr. Suliadi Firdaus Sufahani, projek ‘ Polylactic Acid/ Hydroxyapatite Nanobiocomposite’ oleh Dr Suzi Salwah Jikan,kedua-duanya daripada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) serta projek ‘ REPOMIX: A Diy Cold Asphaltic Mix Material for Minor Road Maintanance’ oleh Dato’ Profesor Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin daripada Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS).

Manakala UTHM turut memperolehi dua pingat perak melalui projek ‘Quiz Seeker: A customizable ‘quiz game’ oleh Puan Rosfuzah Roslan daripada Pusat Pengajian Diploma (PPD) dan projek ‘RCCI-INDEX for railway passanger comfort’ juga oleh Dato’ Profesor Dr. Mohd Idrus.

Selain itu, UTHM turut mendapat dua anugerah 2nd winner melalui projek Dr. Suliadi dan Dato’ Profesor Dr. Mohd Idrus serta satu anugerah 3rd winner oleh Dr. Suzi.

Kejayaan yang diraih ini adalah hasil sokongan berterusan daripada pihak pengurusan universiti dalam menyemarak dan memajukan lagi bidang penyelidikan dan inovasi.

Untuk rekod, pameran dan pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada IPTA dan IPTS di dalam dan luar negara.

Sementara itu, UTHM turut menjalankan kerjasama dalam penyelidikan dan inovasi bersama Malaysia Network Industry Technologies Consultancy Services bagi projek REPOMIX: A Diy Cold Asphaltic Mix Material for Minor Road Maintanance’ oleh Dato’ Prof Dr. Mohd Idrus di e-REKA2018.

Manakala Dr. Suliadi pula turut menjalankan kerjasama bersama Malaysian Network Industry Technologies Consultancy Services melalui projek “Malaysian Secondary School Menu Planning (With Sufahani-Ismail Algorithm).”