rowing 1NAYPYITAW Hari terakhir acara Mendayung (Rowing) di Temasya Sukan Universiti Asean ke-19 (AUG) mencoretkan kenangan manis kepada tujuh pendayung Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) apabila berjaya merangkul pingat perak dan gangsa untuk Kem Mendayung Malaysia sebelum acara tersebut melabuhkan tirai pada 16 Disember lalu.

Pemain senior pasukan, Mohd Zulfadhli Rozali berkata pendayung UTHM yang terdiri daripada empat pelajar lelaki dan tiga perempuan telah terpilih menyertai pasukan universiti Malaysia sejak Februari lalu setelah melepasi beberapa saringan pemilihan yang dijalankan oleh Pusat Sukan Tumpuan (PST) – Mendayung yang berpusat di Universiti Teknologi Malaysia.

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama seramai tujuh orang pendayung UTHM terpilih untuk mewakili negara.

rowing 2“Latihan intensif dan berterusan yang dijalankan oleh mereka di Kem Latihan Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) dan kem latihan Pasukan Mendayung UTHM Sungai Muar membuahkan hasil apabila tiga atlet perempuan daripada mereka memperolehi pingat perak menerusi acara Women Coxless Four (4-) dan empat atlet lelaki yang lain memperolehi gangsa di dalam acara Men Coxed Eight (8+) bersama rakan atlet dari  Universiti Teknlogi Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Selangor,” jelasnya.

“Kejayaan yang diperolehi mereka sekali gus dapat membantu menambah pungutan pingat dari kem Mendayung Malaysia di AUG ke-19 dengan satu emas, dua perak dan tiga gangsa,” tambah beliau lagi.

Pihak universiti berharap kejayaan yang diraih oleh pendayung UTHM ini dapat meningkatkan motivasi kepada para atlet di UTHM untuk menempa nama di kejohanan peringkat antarabangsa.

 

Berikut merupakan pencapaian atlet mendayung UTHM di AUG ke-19:

 

1. Men Coxed Eight (8+) (Gangsa)

-Muhammad Khasful Rahman Bin Zakaria (PPD)

-Amirul Asyraf Bin Mohd Bekeri (PPD)

-Mohamad Haikal Bin Jamaludin (PPD)

-Mohd Arif Ashraf Bin Mohd Rusok (FPTP)

 

2. Men Coxless Four (4-) (Ke-Empat)

-Muhammad Khasful Rahman Bin Zakaria (PPD)

-Amirul Asyraf Bin Mohd Bekeri (PPD)

-Mohamad Haikal Bin Jamaludin (PPD)

-Mohd Arif Ashraf Bin Mohd Rusok (FPTP)

 

3. Women Coxless Four (4-) (Perak)

-Nur Syarifah Binti Che Mahadi (FPTV)

-Nurzarinah Binti Zakaria (FSKTM)

-Nur Dini Hazwani Binti Sumeri (PPD)

 

4. Women Coxed Eight (8+) (Ke-Empat)

-Nur Syarifah Binti Che Mahadi (FPTV)

-Nurzarinah Binti Zakaria (FSKTM)

-Nur Dini Hazwani Binti Sumeri (PPD)