Kumpulan Inovatif dan Kreatif MOSFET dari Fakuliti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapat penarafan emas di Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Selatan 2018 (RTEx) yang berlangsung pada 10 hingga 11 Julai lalu bertempat di Holiday Villa Johor Bahru City Centre.

Kejayaan mendapat penarafan EMAS tersebut diperolehi menerusi projek bertajuk “Pencarian Item di Makmal secara Manual Mengambil Masa yang Lama.’Projek ini merupakan satu alternatif kepada penyelesaian masalah pelajar dalam mencari peralatan di makmal-makmal FKEE.

Kumpulan KIK MOSFET yang diketuai Dr. Roshayati Yahya ini dianggotai oleh Dr. Mohd Norzali Hj Mohd, Dr. Mohamed Najib Ribuan, Saniah Suluki, Mahmod Munajat, Mohamad Md Som, Siti Ruslina Mohd Rosli, Fadzil Esa, Md. Rabani Adnan serta Haji Omar Salleh selaku fasilitator.

Majlis Penutup dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Haji Ramlee Haji A. Rahman.