Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah meraih satu pingat emas, tiga pingat perak dan enam pingat gangsa ketika menyertai The International Conference And Exposition On Inventions By Institutions Of Higher Learning (PECIPTA)yang diadakan pada 7 hingga 9 Oktober lalu bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Program dwi tahunan yang bertemakan “Nurturing Entrpreneurs through Education, Industry, Technology and Social Innovation” merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bersama institusi pengajian tinggi (IPT) sejak tahun 2001.

Penganjurannya bertujuan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan inovatif dari IPT. Selain daripada mempertandingkan inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik, program ini juga bertujuan meningkatkan jaringan dan kerjasama dalam kalangan peserta dan industri yang berpotensi untuk meneroka dan mengkomersilkan produk mereka

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dipilih untuk menjadi tuan rumah PECIPTA ke-9 ini. Program ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Untuk rekod, UTHM kali ini telah menghantar sebanyak 10 produk untuk dipertandingkan dan penyertaan ini merupakan langkah terbaik bagi para penyelidik untuk mendapat pengiktirafan, mempromosi serta mengkomersilkan teknologi dan inovasi terbaharu yang dihasilkan oleh mereka.

Penyertaan PECIPTA 2017 ini diharapkan dapat menjadi batu loncatan kepada penyelidik universiti untuk mengkomersilkan teknologi yang dihasilkan serta mendapat pengiktirafan dan akan terus berjaya lagi di masa hadapan.

pecipta