PST Silat KPT-UTHM raih empat pingat di Kejohanan Silat USAS 2017

Hasil usaha dan pengorbanan Pasukan Silat Pusat Sukan Tumpuan Silat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (PST Silat KPT) – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima pengiktirafan peringkat institut pengajian tinggi (IPT) apabila berjaya membawa pulang dua pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam Kejohanan Silat Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 2017 yang berlangsung pada 13 hingga 16 September lalu bertempat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak.

Sebanyak 17 pasukan daripada seluruh IPT menyertai kejohanan ini yang mempertandingkan acara silat olahraga dan silat seni. Lebih manis lagi pesilat PST Silat KPT-UTHM, Saudara Muhamad Adham Zuhri Mohamad Zamri telah dinobat sebagai Pesilat Putra Terbaik Kejohanan.

Kejohanan Silat USAS 2017 ini menjadi platform mencungkil bakat dan menguji kemampuan atlet silat bagi menimba pengalaman dan menguji sejauh mana kemampuan pesilat bersaing di peringkat IPT.

Melalui kejohanan ini juga, UTHM selaku Pusat Sukan Tumpuan Silat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mengambil kesempatan memantau serta memilih pesilat-pesilat terbaik IPT bagi diserapkan ke Pasukan Malaysia untuk membawa cabaran yang lebih tinggi dengan menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.

silat usas

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanSukan