Berkuatkuasa 1 Disember 2015, Profesor Madya Dr. Arham Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi. Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datuk Dr. Amin Senin yang tamat tempoh pelantikan pada 30 November 2015.

Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Pembinaan daripada Loughborough University, United Kingdom ini pernah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (B.Eng) pada tahun 1998 dan Sarjana Kejuruteraan (M. Eng – Pengurusan Kejuruteraan) pada tahun 1999 dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sebelum dipinjamkan ke Jabatan Pengajian Tinggi, beliau merupakan Profesor Madya di Fakulti Kejuruteraan Awam UTM dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Inovasi dan Pengkomersilan) di Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UTM dari tahun 2009 hingga 2014.

Semoga pelantikan Profesor Madya Dr. Arham ini dapat memberi nafas baru dalam menyumbangkan idea serta kepakaran untuk pembangunan universiti selaras dengan misi dan visi yang telah digariskan. ~ Technically Above the Rest

Source: Profesor Madya Dr. Arham Abdullah dilantik Ahli Lembaga Pengarah UTHM Yang Baharu