JDT IV vs UTHM tarik 2000 penonton – meriahkan Majlis Perasmian Penutup ’19th UTHM Student Games 2015′

4000 atlet terdiri dari pegawai, pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan masyarakat setempat  telah menyertai ’19th UTHM Student Games 2015′ yang berlangsung pada 13 hingga 30 November 2015 bertempat di Kampus Induk dan kampus Pagoh.

Rentetan itu, satu majlis perasmian penutup kejohanan telah diadakan pada 29 November lalu bertempat di Stadium UTHM dan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM, Profesor Madya Dr. Asri Selamat.

Majlis diserikan lagi dengan perlawanan bola sepak persahabatan antara Pasukan Bola Sepak UTHM dengan Pasukan Bola Sepak JDT IV yang menarik hampir 2000 penonton hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Selain itu beberapa acara menarik turut diadakan antaranya sesi ramah mesra bersama bekas jurulatih kebangsaan Wan Jamak Wan Hassan, cabutan bertuah, pertandingan sepak bola, persembahan tarian dan jualan produk JDT.

Matlamat utama kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bersukan dalam kalangan pelajar universiti, mengeratkan tali persaudaraan dan semangat 1Malaysia serta menyahut seruan kerajaan untuk memartabatkan sukan negara ke peringkat antarabangsa.

Bersempena kejohanan tersebut, sebanyak 36 acara sukan telah dianjurkan antaranya badminton, bola sepak, rowing machine, olahraga, tenis, lawn bowls, bola tampar, ragbi ,futsal, tenpin boling, bola keranjang, bola jaring, bola baling, sepak takraw, catur, skuash, petanque, ping pong dan kayak.

Selain itu acara tambahan akan diadakan seperti perlawanan bola sepak persahabatan bersama Pasukan Bola Sepak JDT V, perlawanan hoki persahabatan bersama Pasukan Hoki Singh Batu Pahat, Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru & Jemputan ASEAN UTHM-MBDBP 2015 Piala Timbalan Naib Canselor (HEPA) UTHM, Kejohanan Sofbol Jemputan UTHM 2015 Piala Pengurus Pusat Sukan UTHM, Kejohanan Renang UTHM 2015, Karnival Waja Diri UTHM Student Games (USG) 2015, Klinik Mendaki Tembok Tiruan UTHM 2015 dan banyak lagi.

Source: JDT IV vs UTHM tarik 2000 penonton – meriahkan Majlis Perasmian Penutup ’19th UTHM Student Games