Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pensyarah dan Pengajar (PERKASA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ini menyaksikan perlantikan kepimpinan Ahli Jawatan Kuasa Baharu bagi Sesi 2014-2016 yang membariskan gandingan staf lama dan baharu bagi memperkukuhkan lagi organisasi PERKASA

Ahli Mesyuarat telah memutuskan Profesor Engr. Dr. Mohd Idrus Hj. Mohd Masirin terus diberi kepercayaan menerajui persatuan semenjak ianya ditubuhkan. Penubuhan Persatuan Pensyarah dan Pengajar pada November 2007 bertujuan untuk memperjuangkan kepentingan staf akademik di UTHM dan di negara ini, amnya. Di samping itu, ia juga menjadi wadah muzakarah antara pihak staf akademik dengan pengurusan UTHM serta pihak lain yang berkenaan.

Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin selaku Penaung PERKASA telah menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan PERKASA UTHM yang berlangsung pada 26 Mac 2014 baru-baru ini.

Manakala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim merangkap penasihat persatuan hadir memberi ucaptama sewaktu pembukaan mesuarat agung kali ini.

Profesor Engr. Dr. Mohd Idrus turut merakamkan penghargaan dan terima kasihnya kepada bekas AJK PERKASA UTHM di atas komitmen dan jasa bakti yang diberikan kepada persatuan selama ini. Pada masa yang sama,beliau turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan yang baharu ini dan berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab.

Presiden : Prof. Engr. Dr. Hj Mohd Idrus bin Hj Mohd Masirin
Timbalan  Presiden : Prof. Madya  Dr.Kamarolzaman  bin Md Jidi
Setiausaha : Dr Mohammad Sukri bin Mustapa
Penolong  Setiausaha : Dr Nik Hishamudin bin Muhd Nor
Bendahari : Puan Khadijah binti Md Ariffin
Penolong Bendahari : En Abdul Jalil bin Omar
Ahli Jawatan Kuasa
1)       Dr. Rafiudin bin Afkari
2)       Encik Mohd Safiee bin Idris
3)       Prof. Madya Hj Kamarudin bin Khalid
4)       Prof. Madya. Dr Zamri bin Omar
5)       Hjh Nafisah Kamariah binti Hj Md Kamaruddin
6)       Encik Suhaimi bin Sulung
7)       Cik Norbaizura binti Nordin
8)       Dr Jumadi bin Abd Sukor
9)       Prof. Madya Dr Husin bin Junoh
10)   Dr Mohamad Kamil bin Abdullah
Pemeriksa Kira-Kira I : Encik Mohd Norasri bin Ismail
Pemeriksa Kira-Kira II : Puan Latifah binti Md Ariffin