Tiga orang atlit Rowing Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) membawa cabaran dan harapan bagi Pasukan Rowing Malaysia untuk membawa pulang pingat yang dipertandingkan di Temasya Sukan Sea ke 28 Singapura yang akan berlangsung pada 5 hingga 16 Jun 2015.
Bagi acara Rowing sebanyak 18 pingat emas yang akan dipertandingkan pada Kejohanan Sukan Sea kali ini, Pasukan Rowing Malaysia mempertaruhkan  atlit berpengalaman UTHM Mohd Zulfadli Rozali bagi mencipta sejarah membawa pulang pingat emas pertama bagi Pasukan Rowing Malaysia dalam acara Light Weight Mens Double Scull 500m dan 1000m. Atlit junior UTHM Ahmad Amzar Azman dan Mohd Asmidzuan Mohd Asri bakal memberi cabaran dalam kategori Light Weight Mens Fours 500m dan 1000m.
Tekad dan azam jadi pendorong utama kepada atlit UTHM untuk mencipta kejayaan serta mengharumkan nama Universiti ke peringkat antarabangsa dalam acara sukan khususnya bagi acara sukan mendayung (rowing). Bermula dari tahun 2008 pasukan mendayung UTHM berjaya menjulang nama UTHM sebagai kuasa utama dalam sukan ini diperingkat kebangsaan serta mengumpul koleksi kejayaan diperingkat antarabangsa.
Temasya Sukan Sea 2011 adalah titik perrmulaan bagi Pasukan Mendayung UTHM menghantar wakil bagi mewakili Pasukan Rowing Malaysia dalam setiap kali Sukan Sea dipertandingklan bagi acara rowing sehingga ke Sukan Sea 2015. Semoga impian untuk menjadikan acara mendayung sebagai acara sukan yang popular di UTHM akan dapat diteruskan dengan adanya tempat latihan baru yang akan diadakan di Kampus Pagoh serta menjadikan UTHM sebagai hub pembangunan bagi acara sukan air untuk Kontinjen SUKMA Johor dan Pasukan Malaysia.

Source: Atlit Rowing UTHM wakili Malaysia ke Temasya Sukan Sea Ke-28, Singapura