Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi tiga pingat emas, tujuh pingat perak dan sembilan pingat gangsa dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) yang berlangsung pada 07 hingga 09 November lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Sebanyak 20 produk UTHM telah dipertandingkan dalam program dwi tahunan ini dan telah meraih 3 pingat emas melalui hasil penyelidikan oleh Profesor Madya Dr. Yusri bin Yusoff dengan produk AN APPARATUS FOR EXTRACTION OF LEAF FIBRE (PALF M1), Profesor Madya Dr. Badrul bin Omar dengan produk FUZZY-CONCEPT dan melalui hasil penyelidikan Dr Soon Chin Fhong, AN INTEGRATED SYSTEM FOR MEASUREMENT AND MAPPING OF SINGLE CELL TRACTION FORCE. Lebih membanggakan lagi, dua produk dari UTHM melalui produk Profesor Madya Dr Yusri bin Yusof telah menerima Anugerah khas International Intellectual Property Forum (IIPF) dan produk Profesor Madya Dr Anika Zafiah bt Mohd Rus telah menerima Anugerah Khas Korea Invention News melalui produk beliau : ECO-SMART MONOMER CONVERTER (ECO-SMOC).
PECIPTA 2013 yang merupakan kali ketujuh penganjurannya telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, YB. Dato’ Seri Idris bin Jusoh pada 07 November 2013. Pertandingan pada kali ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Kategori Pengkomersilan dan Kategori Penyelidik Muda telah menarik minat hampir 480 produk penyelidikan dan inovasi dari peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Sebanyak tujuh penyertaan dari luar negara juga telah turut serta dalam PECIPTA 2013 ini.
Penglibatan UTHM dalam program ini jelas membawa impak yang besar kepada para penyelidik bila mana pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklum balas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajiaan Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013).
BERIKUT SENARAI NAMA PENYELIDIK
SENARAI PESERTA PERSIDANGAN DAN ESKPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA (PECIPTA 2013)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
NAMA PENYELIDIK | NAMA PRODUK | FAKULTI | PENCAPAIAN |
PM Dr Badrul Bin Omar | Fuzzy-Concept | FKMP | EMAS |
PM Dr. Yusri Bin Yusof | An Apparatus For Extraction Of Leaf Fibre (Palf M1) | FKMP | EMAS |
Dr. Soon Chin Fhong | An Integrated System For Measurement And Mapping Of Single Cell Traction Force | FKEE | EMAS |
PM Dr Mohd Irwan Bin Juki | Ring Type Of Waste Polyethylene Terephthalates Bottle (Rpet) Fibr | FKAAS | PERAK |
PM Dr Muhammad Yusof Bin Ismail | Miniaturized Paper Based Substrate Antenna For Automotive Systems | FKEE | PERAK |
PM Dr Anika Zafiah Bt Mohd Rus | Eco-Degradable Renewable Polymer | FKMP | PERAK |
PM Dr Anika Zafiah Bt Muhd Rus | Eco-Smart Monomer Converter (Eco-Smoc) | FKMP | PERAK |
Dr.Goh Kai Chen | Hybrid Multi Criteria Decision Making In Wide-Area Energy Management System | FPTP | PERAK |
Dr.Shahreen bte Kasim | Multingual Phrasebook for Android | FSKTM | PERAK |
Dr Aeslina bt Abdul Kadir | Recyling Cigaretle Butts (Cbs) Into Fired Clay Bricks (Cb Bricks) | FKAAS | PERAK |
En. Mohd Ezree Bin Abdullah | Green Pavement Technology Incorporating Nanoclay Modified Asphalt Binder | FKAAS | GANGSA |
Dr Norzila Bte Othman | Enviro Sorbent For Heavy Metal Removal | FKAAS | GANGSA |
PM Dr Nafarizal Bin Nayan | Nano-Cuo: Highly Sensitive And Low Power Voc Sensor | FKEE | GANGSA |
Dr Siti Zarina bte Mohd Muji | Versatile Optical Learner | FKEE | GANGSA |
Dr. Mohd. Khairul Bin Ahmad | Nanostructures Dye-Sensitized Solar Cell | FKEE | GANGSA |
PM Dr. Badrul Bin Omar | Sim-Lhp | FKMP | GANGSA |
Dr.Shahreen Bte Kasim | Multi Stage Filtering-Clustering Functional Annotation | FSKTM | GANGSA |
Cik Faten Azmira Bte Zakaria | Daily Calorie Manager | FSKTM | GANGSA |
En. Mohamad Aizi Bin Salamat | Wayfinding Application Using Dijkstra Algorithm | FSKTM | GANGSA |
Pn.Suriawati Bt Suparjoh | Halal Product Tracking System Based On Qr Code | FSKTM | – |
Dikeluarkan oleh:
SHAFRY BIN SALIM
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
?07-4537025 07-4536548