BATU PAHAT, 25 Mac 2021 – Persatuan Pensyarah dan Pengajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (PERKASA) melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-12 dengan meriah apabila ahlinya yang telah mencipta kejayaan dan kecemerlangan turut diberi anugerah sebagai tanda penghargaan.
AGM yang berlangsung di Studio Pendidikan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional menyaksikan pemberian anugerah melibatkan tujuh kategori iaitu Anugerah Scopus, Anugerah Geran industri dan antarabangsa, Anugerah Komuniti dan kesukarelawan, Anugerah Media dan Anugerah Khas kepada staf akademik yang terpilih.
Presiden PERKASA, Profesor Dr. Yusri Yusof mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima dan beliau berharap anugerah ini mampu memberi semangat dan inspirasi kepada semua ahlinya untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.
Beliau dalam ucapannya turut menyatakan kesediaan PERKASA untuk sentiasa membantu pihak universiti dalam merancang kebajikan dan pembangunan staf.
“PERKASA sentiasa bersikap terbuka menerima pandangan dan kritikan yang membina demi memperjuangkan kebajikan staf,” tambahnya.
Sementara itu Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly pula merakamkan penghargaannya atas keterlibatan PERKASA yang wujud sebagai “Check and Blance” dalam membantu pengurusan universiti dari aspek kebajikan dan pembangunan staf.
Tambah beliau kewujudan PERKASA sangat signifikan dalam satu-satu organisasi yang besar seperti UTHM, yang mana ahlinya dituntut untuk sentiasa peka dengan perkembangan semasa bagi membantu menambah baik pengurusan universiti.
AGM pada tahun ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad.
Dato’ Sri Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilam “Pak Yem” menyatakan beliau sangat berbesar hati diundang oleh pihak PERKASA bagi merasmikan AGM kerana amat bertepatan dengan hasratnya yang ingin mendekati dan mengenali staf melalui persatuan.
Beliau dalam ucapannya sempat berkongsi tentang hasrat dan misi UTHM serta turut berkongsi tentang perancangan universiti berkaitan penjenamaan beberapa fakulti supaya lebih dikenali dan seiring dengan kehendak industri.
Menurut beliau, UTHM perlu peka dengan tuntutan pasaran dan kehendak industri yang memerlukan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
“UTHM perlu menyusun strategi yang betul dan terancang bagi membentuk keberhasilan pelajar agar mereka mampu mendepani cabaran di alam pekerjaan,” katanya.
Tambah beliau, pelajar di sesebuah universiti merupakan aset utama yang perlu dijaga, manakala pensyarahnya pula haruslah sentiasa bersedia meningkatkan ilmu dan kemahiran yang ada.
“Ini bagi memastikan UTHM dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan mendapat tempat di pasaran kerja,” ujarnya.
Pengurusan Tertinggi PERKASA bersama Pengerusi LPU dan Naib Canselor UTHM
Senarai penerima anugerah AGM 2021 :
Top 5 Scopus Author
Science & Fakulti
- PM. Ts. Dr. Aida Binti Mustapha-FAST
- PM. Ir. Ts. Dr. Shahiron Bin Shahidan-FKAAB
- PM. Ir. Ts.Dr. Al Emran bin Ismail -FKMP
- PM. Ts. Dr. Mohd Khairul Bin Ahmad-FKEE
- PM. Dr. Shahreen Binti Kasim-FSKTM
Non-science & Fakulti
- Prof. Dr. Abdul Talib Bin Bon-FPTP
- PM. Ts. Dr. Md Fauzi Bin Ahmad @ Mohamad- FPTP
- PM. Dr. Abd Rahman Bin Ahmad-FPTP
- Dr. Siti Sarah binti Omar-FPTP
- Prof. Dr. Maizam binti Alias-FPTV
Anugerah Khas Geran Antarabangsa – Industri & Fakulti
- PM Ts. Dr. Aeslina Binti Abdul Kadir-FKAAB
- PM Ts. Dr. Mohd Fadzelly Bin Abu Bakar-FAST
- Dr. Nadirul Hasraf Bin Mat Nayan-FTK
- PM. Dr. Chan Chee Ming-FTK
- Sr. Dr. Noralfishah Binti Sulaiman -FPTP
Anugerah Khas Komuniti & Fakulti
- Ts. Dr. Nor Azizi Bin Yusoff-FKAAB
- Prof. Madya Dr. Mohammad Sukri Bin Mustapa-FKMP
Anugerah Khas Penulisan Media & Fakulti
- Prof. Dr. Ismail Bin Omar-FPTP
Anugerah Khas Inovasi & Fakulti
- Ts. Dr. Suliadi Firdaus Bin Sufahani- FAST
Anugerah Khas PERKASA &Fakulti
- Prof. Madya Ts. Dr. Zaidi Bin Embong-FAST