
Keberadaan sesebuah institusi pendidikn tinggi mampu dilaksanakan dengan pelbagai bentuk. Telah nyata institusi pendidikan tinggi (IPT) semakin menampakkan impak dari sudut komuniti dan industri. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merupakan sebuah universiti awam yang sentiasa melipat gandakan usaha bagi memastikan namanya terus melonjak ke angkasa. Pelbagai usaha telah dilaksanakan seperti meningkatkan fasiliti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan hubungan industri untuk pemerkasaan kurikulum akademik, melonjakkan kepelbagaian pensijilan, penghasilan solusi untuk dunia dan terkini serta UTHM telah membuktikan kemampuannya sebagai IPTA negara yang diberi kepercayaan antarabangsa melalui lantikan sebagai pemilik kepada Kursi UNESCO.
Kursi UNESCO
UTHM telah dianugerahkan Kursi UNESCO bagi ‘TVET Educator Competence and Transversal Skills for Professional Development’ untuk tempoh empat tahun bermula pada 2025 sehingga 2029. Kejayaan ini adalah pengiktirafan kepada ilmuan TVET negara dalam usaha meningkatkan kecemerlangan bidang ini. UNESCO Chair adalah satu inisiatif di bawah program yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO). Program ini bermula pada tahun 1992 yang bermatlamat menggalakkan kerjasama antarabangsa di antara institusi pendidikan tinggi melalui penyelidikan dan inovasi bagi bidang tertentu iaitu:
Pendidikan
- Pendidikan Dalam Pembangunan Mampan
- Pendidikan Inklusif dan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti
- Teknologi dan Pembelajaran
Sains dan Teknologi
- Sains dan Alam Sekitar serta Perubahan Iklim
- Kecedersana Buatan dan Transformasi Digital
- Bioteknologi dan Inovasi Kesihatan
Sains Sosial dan Hak Asasi Manusia
- Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita
- Hak Asasi Manusia dan Keamanan
- Dasar Sosial dan Pembangunan Komuniti
Warisan Budaya dan Komunikasi
- Pemuliharaan Warisan Budaya
- Media dan Kebebasan Bersuara
- Kepelbagaian Budaya
Objektif – Melalui rujukan sumber matlamat untuk UNESCO adalah sebagai platform akademik untuk:
- Menggalakkan penyelidikan dan inovasi
- Memperkasakan insitusi akademik dan penyelidikan
- Memperluaskan kerjasama antarabangsa
- Menyokong dasar dan Pembangunan Masyarakat
Penghormatan global
Penglibatan sesebuah institusi pendidikan tinggi dalam UNESCO menggambarkan kesungguhan dalam memajukan penyelidikan, pendidikan dan dasar bagi sesuatu bidang fokus. Justeru, pengiktarafan yang diberikan kepada penyandang Kursi UNESCO ini adalah amat penting kepada UTHM kerana ia satu pengiktarafan kepada ekosistem universiti yang terdiri daripada para ilmuan, pelajar, infrastruktur dan pengisian.
UTHM mempunyai ekosistem pendidikan tinggi bertaraf dunia. Sebuah universiti awam yang berfokuskan kepada bidang pengangkutan dan teknologi lestari mempunyai seramai 1200 staf akademik dari pelbagai bidang. Fokus UTHM juga adalah menjadi sebuah Universiti Teknousahawan pada 2030 dan TVET merupakan salah satu cabang ilmuan pakar dalam universiti ini.
Apa yang menarik, UTHM mempunyai para ilmuan yang tersohor dalam bidang TVET, rel dan penerbangan. Kemahiran tinggi ini menempatkan ramai cendiakiawan teknikal UTHM yang dikenali di peringkat lokal dan antarabangsa. Justeru itu, ilmuan TVET melalui rangkaian kepakaran universiti luar negara telah memberi tumpuan kepada kecemerlangan bidang ini sejak dunia dilanda pandemik Covid-19. Kesungguhan universiti ini disedari oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu lantas mereka sebulat suara menganugerahkan Kursi UNESCO bagi bidang pendidikan.
Seiring dengan penarafan ini, Kumpulan Fokus Penyelidikan UTHM berjaya mendapat pengiktirafan sebagai tapak UNESCO Ecohydrology Demonstration Sites. Tapak Demonstrasi Ecohydrology UNESCO adalah inisiatif di bawah Program Hidrologi Antara Kerajaan (IHP) UNESCO, bertujuan untuk mempromosikan penyelesaian berasaskan alam semula jadi (Nature-Based Solutions) yang mengintegrasikan proses hidrologi dan ekologi bagi menangani cabaran berkaitan air, seperti meningkatkan sumber air, memperbaiki kualiti air dan mengurangkan kesan negatif terhadap ekosistem. Pengiktirafan ini membuktikan UTHM cakna dalam mencari penyelesaian isu sosial dan alam sekitar, khususnya dalam pengurusan air dan pemulihan ekosistem di kampus.
Manfaatkan pengiktarafan
UTHM telah merangka inisiatif utama dalam memanfaatkan pengiktirafan tertinggi ini untuk tingkatkan kemasukan pelajar antarabangsa, perusahaan educational tourism, pengayaan dari invoasi dan pengkomersilan serta tingkatkan peranan universiti dalam memajukan masyarakat.
Antara lima langkah yang akan diambil oleh UTHM adalah seperti berikut:
- Mewujudkan kumpulan khas dalam merancakkan operasi pasca Kursi UNESCO.
- Meningkatkan rujukan bidang berkaitan penyandang kursi
- Mewujudkan program berbentuk diskusi bertemakan ‘solusi tingkat prestasi’ kepada masyarakat setempat dan antarabangsa.
- Budaya ilmu dan ilmuan dalam kalangan pelajar diperhebatkan melalui lingkaran antarabangsa.
- Mewujudkan pemantauan persekitaran.
- Memperbaiki kedudukan penarafan melalui pengiktirafan dunia.
Kesimpulannya penerimaan UTHM kepada pengiktirafan penyadang Kursi UNESCO adalah hasil kerjasama semua pihak. Semangat kerjasama antara rakan taulan, jiran serta rangkaian menampakkan hasil secara total dan memberi impak meliputi kehidupan alam. Setinggi tinggi penghargaan kepada keluarga UTHM, rakan kongsi serta seluruh rakyat Malaysia terutama Bangsa Johor. Kini UTHM terbang diangkasa dan pasti menguasai teknologi, memberi impak kepada komuniti dan industri.
Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim
Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)