Oleh Shafry Salim, Mohd Zairil Zainal

KUALA TERENGGANU – Pasukan Bowling Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih dua pingat perak ketika kali pertama menyertai acara Bowling Sukan MASTI (SUKMAS ‘23) pada 22 September 2023 lalu bertempat di Coral Crown Bowl, Kuala Terengganu.

Pingat Perak pertama disumbangkan oleh acara berpasukan yang diwakili oleh Muhamad Shafiq Nor Mazlan, Anuar Raze Abd Rahim, Hisyam Abd Shukor dan Shafry Salim.

Manakala pingat perak kedua disumbangkan oleh Saliza Samad bagi kategori perseorangan wanita.

Kejayaan PENTAS memperolehi dua pingat daripada tiga kategori yang dipertandingkan turut membuktikan kemampuan ahli PENTAS untuk bersaing dalam bidang sukan di peringkat universiti awam (UA) Malaysia.

Selain itu, PENTAS UTHM turut menyertai acara sukan kapal layar yang julung kali dipertandingkan di arena SUKMAS ’23.

SUKMAS ’23 diadakan bersempena Pemukiman Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) Tahun 2023 yang diadakan di Duyung Marina Resorts, Kuala Terengganu.

Pemukiman kali ini dianjurkan oleh MASTI dengan kerjasama Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas UMT (PERENTAS).

 

PENTAS UTHM turut menyertai acara sukan kapal layar yang julung kali dipertandingkan di arena SUKMAS ’23.