KUALA LUMPUR, 18 Mac 2023 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi mencatat rekod apabila berjaya membawa pulang 10 pingat hasil penyertaan 10 produk penyelidikan ketika menyertai Malaysia Technology Expo 2023 (MTE 2023).

UTHM berjaya meraih tiga pingat emas dan tujuh pingat perak serta satu anugerah khas daripada Japan Intellectual Property Association (JIPA) melalui penyertaan produk hasil kajian dan penyelidikan pensyarah dari pelbagai fakulti.

Kejayaan ini membuktikan aktiviti penyelidikan di UTHM mampu menarik perhatian umum sekali gus mampu bersaing dengan universiti ternama lain di negara ini.

Pameran kali ke-22 yang berlangsung pada 16 hingga 18 Mac di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTHM, Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad bagi menyantuni dan beramah mesra dengan kumpulan penyelidik UTHM.

MTE 2023 kali ini mempamerkan lebih 500 penyelidikan secara mod hibrid oleh penyelidik universiti, pusat penyelidikan dalam dan luar negara, sekolah rendah dan menengah, termasuklah sektor swasta dari lebih 10 negara antaranya Indonesia, Iran dan Taiwan.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UTHM, Prof. Ts. Dr. Norzila Othman mengucapkan tahniah atas kejayaan semua penyelidik yang menyertai MTE 2023.

Beliau berkata menjadi hasrat universiti untuk memperluaskan kemampuan pensyarah dengan tujahan motivasi sekali gus sebagai tarikan kepada mereka untuk mengembangkan karya teknologi yang dihasilkan ke seluruh Malaysia mahupun peringkat antarabangsa.

“Komitmen ini juga sebagai satu langkah untuk membawa UTHM kepada Global Technopreneur University (GTU 2030),” katanya.

 

 

NO. NAMA FAKULTI TAJUK PINGAT
AK Prof. Madya Ts. Dr. Suliadi Firdaus Sufahani Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Solving The Royalty Payment Problem Through SANBR-Algorithm SPECIAL AWARD:         JAPAN INTELLECTUAL PROPERTY ASSOCIATION (JIPA)
1 Prof. Madya Ts. Dr. Suliadi Firdaus Sufahani Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Solving The Royalty Payment Problem Through SANBR-Algorithm EMAS
2 Prof. Madya Dr. Balkis Hj A.Talip Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Agarwood Leaves Extract Powder (Serbuk Ekstrak Daun Gaharu @ Karas) EMAS
3 Dr. Shipun Anuar Hamzah Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Smart Smoke Monitoring Detection (SMORTEC) Device for Real Time Fire Detection EMAS
4 Prof. Madya Dr. Marlia Morsin Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Gold Nanobipyramids as Sensing Materials, Larvides and Anti-fungal PERAK
5 Sr. Ts. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Framework Model for Sustainable Management in Conserving Elephants: Re-Routing and Causeway Using Geomatics Technology and 3D GEO-Visualisation PERAK
6 Ts. Dr. Siti Amely Jumaat Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Mini Hydrophonic Carbon Zero System for STEM (mHCO2S) PERAK
7 Dr. Ramhuzaini Abd. Rahman Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Automation and Energy Monitoring of Air-Conditioning and Mechanical Ventilation System (AEM-ACMV) PERAK
8 Dr. Nur’Ain Idris Pusat Pengajian Diploma AeLiConD-RSB (An Aerated Lightweight Concrete Drain with Reinforced Semantan Bamboo) PERAK
9 En. Mohd Akmal Rohiat Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Refining Community Based Tourism: Promoting Parit Sulong as Eco-Tourism Destination PERAK
10 Pn. Wan Ainaa Mardhiah  Wan Zahari Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Mechanism of Soil Identifying for Industrial Sertu Process PERAK