KUALA LUMPUR – Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul On Campus Award untuk kategori Most Financially Savvy Award daripada The Institution of Engineering and Technology (IET) Malaysia Network.

Anugerah tersebut diterima ketika menghadiri 10th IET Malaysia Network Prestige Lecture & Award Dinner (PLAD2022) yang diadakan pada 18 Februari 2023 lalu bertempat di Hotel Alof, Kuala Lumpur.

Anugerah tersebut disampaikan oleh British High Commissioner to Malaysia, Charles Hay yang mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Menurut penasihat program, Ts. Dr. Syed Zahurul Islam, pengiktirafan tersebut dinilai berdasarkan perancangan aktiviti yang kukuh, kreativiti dan kos yang minimalis namun masih mengekalkan standard profesionalisme IET yang tinggi.

Untuk rekod, IET merupakan komuniti kejuruteraan antarabangsa dengan penglibatan lebih 100,000 profesional dari seluruh dunia.

Manakala, IET On Campus ialah komuniti pelajar di universiti bagi memberi peluang kepada pelajar kejuruteraan dan teknologi untuk terlibat, menyerlah dan mempamerkan kualiti diri.

Menurut penasihat program, Ts. Dr. Syed Zahurul Islam, IET on Campus UTHM merupakan inisiatif untuk memastikan pelajar-pelajar di UTHM mendapat pendedahan yang lebih luas, dengan jaringan kerjasama dan sumber dari universiti-industri.

“Dengan keterlibatan dalam badan profesional ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka serta lebih yakin dalam pilihan kerjaya masa hadapan.

“Mereka juga mempunyai peluang untuk mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa sebagai Chartered Engineer dan juga Jurutera Profesional yang membawa gelaran Ir. yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia,” katanya.

Aktiviti-aktiviti pelajar IET on Campus UTHM turut dibantu oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nur Hanis Mohammad Radzi, Prof. Madya Ir. Dr. Rahisham Abd Rahman, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Muhammad Saufi Kamarudin, Prof. Madya Dr. Lukman Hanif Muhammad Audah dan Dr. Herdawatie Abdul Kadir serta ahli jawatankuasa pelajar.

Ikuti informasi terkini IET on Campus di pautan ini :

https://www.theiet.org/career/routes-to-engineering/student-hub/on-campus/find-your-universitys-on-campus-group/

 

Trofi dan sijil kemenangan yang dianugerahkan kepada IET On Campus UTHM.