Bagi meneroka ilmu baharu, 20 staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mengikuti Kursus Konfigurasi Rumah Pintar (DIY) yang diadakan pada 18 Febuari 2025 bertempat di Teaching Factory.

Melalui kursus itu, mereka dilatih untuk melaksanakan automasi pelbagai peranti rumah pintar dan juga pejabat pintar secara Do it Yourself (DIY) selari dengan perancangan UTHM yang ingin membangunkan ‘Bandar Pintar’ ataupun (Smart City) di Batu Pahat, Johor.

Apa yang menarik, sebahagian peranti Internet of Things (IoT) itu boleh dihubungkan dengan aplikasi kawalan suara (Artifical Intelligence) seperti Google Assistant dan Amazon Alexa.

 Setiap peranti yang telah dikonfigurasi boleh dikawal melalui arahan suara tanpa perlu menggunakan telefon pintar.

Kursus itu juga turut berkongsi ilmu tentang peranti IoT seperti kamera litar tertutup (CCTV), sistem pengairan pintar, peranti RF433 dan peranti Infrared (IR).

Kemahiran yang diperoleh peserta membolehkan mereka mahir mengkonfigurasi peranti baharu pada masa akan datang.

Untuk rekod, kursus yang bertaraf HRDF Claimable itu dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, Pejabat Pendaftar, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UTHM Education and Training Sdn. Bhd. (UET) dan UTHM BITARA.

Pada akhir kursus, para peserta turut diberi sijil penyertaan daripada UTHM BITARA.

Peserta yang berminat untuk menyertai kursus ini boleh menghubungi Teaching Factory di talian 06-974-2054 atau email sitinasuha@uthm.edu.my.