Oleh Suriayati Baharom

BATU PAHAT – Bagi merancakkan lagi pembudayaan digital, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dilantik sebagai Rakan Strategik Pendidikan Digital Santuni Madani kepada Sekolah Kebangsaan Seri Telok, Parit Yaani, Batu Pahat dalam satu majlis peluncuran yang diadakan pada 27 Februari 2025 lalu.

Inisiatif itu merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkasakan tahap pembudayaan ‘Sekolah Digital’ selain melaksanakan strategi yang berkesan dan sekolah yang berupaya mewujudkan persekitaran pembelajaran digital yang dinamik dan inovatif bagi menyediakan murid fasih digital, yang berdaya saing menerusi tiga pendekatan utama iaitu penggunaan teknologi secara integrasi digital, teradun dan dalam talian.

Pengarah Pusat Teknologi Maklumat, Profesor Dr. Nazri Mohd Nawi mewakili UTHM menerima watikah pelantikan daripada Sekolah Kebangsaan Seri Telok sebagai sekolah angkat UTHM.

Bagi menyokong usaha KPM ini, UTHM turut menyumbang sebanyak 10 set robotik kepada Sekolah Kebangsaan Seri Telok.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Azman Haji Adnan telah hadir menyempurnakan Gimik Peluncuran Sekolah Digital (Santuni Madani).

Hadir sama, Pengarah Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), Prof. Madya Ts. Dr. Faridah Kormin dan Pegawai-pegawai universiti.

 

 

Berita ini juga diterbitkan di:

1. Bernama (bernama.com), 27 Februari 2025: KPM Komited Jadikan Semua Sekolah Seluruh Negara Sekolah Digital

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2397376

 

2. Johor China Press (johor.chinapress.com.my), 27 Februari 2025: : 教部积极推动数码化教育 鼓励教师学生用DELIMa

https://johor.chinapress.com.my/20250227/%e6%95%99%e9%83%a8%e7%a7%af%e6%9e%81%e6%8e%a8%e5%8a%a8%e6%95%b0%e7%a0%81%e5%8c%96%e6%95%99%e8%82%b2-%e9%bc%93%e5%8a%b1%e6%95%99%e5%b8%88%e5%ad%a6%e7%94%9f%e7%94%a8delima/

 

3. Utusan Malaysia (muka surat: 34), 28 Februari 2025: Enam sekolah rintis Sekolah Digital

 

4. Utusan (utusan.com.my), 28 Februari 2025: Enam sekolah rintis Sekolah Digital

Enam sekolah rintis Sekolah Digital

 

5. Sinar Harian (muka surat: 7), 28 Februari 2025:  6 dipilih projek rintis sekolah digital

 

 

6. Sinar Harian (sinarharian.com.my), 28 Februari 2025: Sekolah Digital percepat adaptasi pendigitalan pendidikan negara

https://www.sinarharian.com.my/article/715059/edisi/johor/sekolah-digital-percepat-adaptasi-pendigitalan-pendidikan-negara

 

7. Astro Awani (astroawani.com), 28 Februari 2025: : KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-komited-jadikan-semua-sekolah-seluruh-negara-sekolah-digital-510395

 

8. Malaysia Gazette (malaysiagazette.com): Sekolah Digital percepat adaptasi pendigitalan pendidikan negara

Sekolah Digital percepat adaptasi pendigitalan pendidikan negara

 

9. Dewan Masyarakat (dewanmasyarakat.jendeladbp.my), 28 Februari 2025: Sekolah Digital Budayakan Teknologi dalam PdP

Sekolah Digital Budayakan Teknologi dalam PdP

 

10. Edisi Viral (plus.edisiviral.com), 28 Februari 2025: : Pelancaran Sekolah Digital (Santuni MADANI) dan Majlis Seiring!

https://plus.edisiviral.com/pelancaran-sekolah-digital-santuni-madani-dan-majlis-seiring/