Isnin, 8 Januari 2018 | Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor hari ini berkenan menyerahkan cek bernilai RM 500 ribu sebagai sumbangan peribadi Baginda untuk Dana Wakaf Tunai Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Baginda yang juga merupakan Canselor UTHM berkenan menyerahkan cek tersebut kepada Pengarah Wakaf UTHM iaitu Prof. Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff dengan disaksikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Wahid Razally dan Penasihat MAIJ yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UTHM, YB Dato’ Haji Nooh Gadot. Turut hadir En. Shafry Salim, Ketua Pejabat Canselori UTHM.
Dalam sesi menghadap ini, Baginda turut dipersembahkan buku coffee table khas Kembara Mahkota Johor 2017 yang dikeluarkan oleh UTHM.