Pada 28 Ogos 2017, Mesyuarat Agung Kelab Staf UTHM (KSUTHM) Kali Ke-17 telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Seramai lebih kurang 312 orang ahli KSUTHM telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut yang dirasmikan oleh Profesor Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM. Mesyuarat Agung pada kali ini telah diselangi dengan pelbagai acara seperti penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Induk KSUTHM Sesi 2015/2017, pembukaan kaunter Tabung Haji dan acara cabutan bertuah bagi menambahkan lagi kemeriahan.

Sidang mesyuarat menyaksikan pembubaran Ahli Jawatankuasa KSUTHM sesi 2015/2017 sebelum melantik ahli yang baharu. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk KSUTHM Sesi 2017/2019 telah dijalankan secara undian menggunakan sistem dalam TCIS seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Semua ahli KSUTHM perlu melaksanakan dua fasa iaitu fasa pencalonan serta fasa pemilihan yang bermula daripada 02 Ogos 2017 sehingga 22 Ogos 2017. Berdasarkan statistik, seramai 197 orang ahli KSUTHM telah melaksanakan fasa pencalonan dan seramai 332 orang ahli KSUTHM telah berjaya melaksanakan fasa pemilihan.

Hasil daripada undian tersebut yang juga telah disahkan dalam Mesyuarat Agung, Ahli Jawatankuasa Induk KSUTHM Sesi 2017/2019 yang terpilihadalah seperti berikut :-

Pengerusi : Prof. Dr. Yusri Bin Yusof

Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Abd Malek Bin Ibrahim

Setiausaha : Puan Haszrinaz binti Husain @ Hashim

Timbalan Setiausaha : Puan Farah Deena Binti Md Rapee

Bendahari : Encik Norzaimi bin Hamisan

Timbalan Bendahari : Puan Zuhaila Anida binti Zainal Abidin

Ahli Jawatankuasa :

Encik Mohd Zairil bin Zainal

Prof. Madya Dr. Angzzas Sari binti Mohd Kassim

Encik Mohd Hatta Bin Mohamed Ali @ Md. Hani

Ustaz Mohd Lotfi bin Solihan

Ustaz Abd Aziz Bin Ahmad

Puan ‘Aisyah Najwa binti Abd Rahman

Encik Azli bin Puddin

Pemeriksa Kira-Kira :

Encik Azamuddin Bin Rasidi

Encik Abdul Kadir Bin Hanafi

Seterusnya, pelantikan Ahli Jawatankuasa oleh Pengerusi KSUTHM berdasarkan Fasal 8 (1) Undang-undang KSUTHM telah dilaksanakan dan yang terpilih adalah seperti berikut :-

Dr. Mohd Azlis Sani bin Md Jalil

Puan Norsaleha binti Ali

Encik Abd Halim Shah bin Abd Hamid

Tahniah diucapkan kepada yang telah terpilih untuk meneruskan kesinambungan KSUTHM dengan lebih cemerlang dan kekal relevan sehingga pada tahun-tahun yang akan datang. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Induk KSUTHM Sesi 2015/2017 di atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang menerajui KSUTHM.

ks 201719