Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri Johor (PPANJ), Kol (PA) Mat Zin bertemu Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin dalam satu lawatan kerja yang diadakan pada 10 Julai baru-baru ini.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara JPAM negeri Johor dengan pihak pengurusan SISPA UTHM. Dalam lawatan tersebut, PPANJ turut melawat Pejabat SISPA UTHM dan beliau diberi penerangan berkaitan perkembangan SISPA UTHM dari masa ke semasa.Pertemuan tersebut juga membincangkan beberapa perkara berkaitan projek kerjasama yang dirancang oleh kedua-dua pihak.
Komandan SISPA UTHM, PPj. Kehormat (PA) Profesor Dr. Wahid Razzaly turut mengambil peluang tersebut menyatakan hasrat SISPA UTHM untuk menganjurkan program yang berimpak besar dan bertaraf antarabangsa, yang mana program tersebut akan melibatan pihak Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama JPAM.
Turut hadir dalam lawatan tersebut, Timbalan Pengarah JPAM Johor,Timbalan Komandan dan pegawai-pegawai Bersekutu SISPA UTHM serta pegawai-pegawai JPAM daerah Batu Pahat.