Oleh Ts. Dr. Mazidah Mat Rejab, Dr Noraini Ibrahim, Dr. Suhaila Yasin, Hanani Aman
BATU PAHAT – Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan Seminar ‘Constructing Hybrid Metaheuristics for General Optimization Problems’ bertempat di Makmal Pengaturcaraan.pada 12 dan 13 Februari 2023 lalu.
FSKTM telah menjemput Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Pahang, Profesor Kamal Zuhairi untuk berkongsi ilmu bersama 20 peserta terdiri daripada pelajar sarjana dan doktor falsafah, pensyarah UTHM dan juga pensyarah luar.
Menrut penyelaras program, Hanani Aman seminar dengan kerjasama Focus Group SERG, CIAS dan SWAT diadakan bertujuan untuk memindahkan ilmu algoritma Metaheuristik dari seorang pakar kepada orang awam, terutama kepada pelajar dan staf UTHM.
“Ilmu kaedah Metaheuristik ini sangat popular dalam bidang penyelidikan kejuruteraan perisian dan machine learning,” katanya.
Tambah beliau, objektif seminar tersebut adalah untuk membolehkan peserta memahami asas Metaheuristik dan pelbagai jenis algoritma Metaheuristik hybridization bermula dengan tahap rendah.
Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan teknik hybrid, relay-based high-level hybrid, cooperative high-level hybrid dan hyper-heuristic.
Seminar itu juga memberi peluang kepada peserta untuk memahami bagaimana membangunkan hybridization of Metaheuristic dan memahami bagaimana untuk menyokong multi-tasking optimization.
FSKTM berharap penganjuran seminar seumpama itu dapat membantu peserta memperoleh ilmu terkini berkenaan hyper-heuristics dan multi-tasking optimization yang akan menyokong kepada peningkatan ilmu dan kemahiran terkini.