Oleh Mohd Hazrin Abd Rahman

THAILAND – Pusat Sukan Tumpuan (PST) Silat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang mewakili kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang 12 pingat iaitu empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa ketika menyertai ASEAN University Games (AUG) 2022 edisi ke-20 di Ubon Ratchathani, Thailand.

Lebih membanggakan, dua pingat emas yang diperolehi telah disumbangkan oleh atlet dari UTHM iaitu Nor Adilah Mohamad Zamri daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bagi kategori Silat Tanding Kelas D Puteri dan Putra Syaid Hidayatullah Ramli daripada Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina bagi kategori Silat Tanding Kelas H Putra.

Acara silat yang membuka tirainya pada 2 hingga 5 Ogos lalu menyaksikan prestasi pesilat Malaysia sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga institut pengajian tinggi (IPT). Kejayaan yang dikecapi oleh para pesilat membuktikan pesilat kita mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan menempa kejayaan.

Persiapan yang rapi telah dijalankan sebelum menghadapi kejohanan ini dengan mengadakan empat siri kem latihan pusat di Sepang, Cameron Highlands, UTHM dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Aspek sains sukan telah diterapkan kepada para pesilat meliputi persediaan fizikal, mental dan pemakanan bagi membantu pesilat mendapatkan maklumat yang penting sebagai seorang atlet silat berprestasi tinggi.

PST Silat KPT-UTHM sentiasa komited menyokong Dasar Pembangunan Sukan IPT (DPSIPT) untuk memperkasakan program pembudayaan dan pembangunan sukan di IPT dalam melahirkan atlet intelek “The Thinking Athlete.” Ini termasuklah mempunyai kecergasan fizikal dan minda yang seimbang serta mempunyai daya saing yang dapat memenuhi aspirasi pembangunan sukan IPT dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus negara terdiri daripada atlet IPT.

 

 

Pencapaian Keseluruhan Pasukan Silat Malaysia Di Asean University Games (AUG) 2022 Ubon Ratchathani, Thailand

 

Pengurus Pasukan:

Mohd Hazrin bin Abd Rahman (PST Silat KPT-UTHM)

 

Ketua Jurulatih Silat Tanding:

Dzulnizam bin Sogol (PST Silat KPT-UTHM)

 

Ketua Jurulatih Silat Seni:

Habizan bin Othman (PST Silat KPT-UTHM)

 

Pegawai Teknikal PESAKA Malaysia

Kamarudin bin Yaakob (PST Silat KPT-UTHM)

Nik Kamisah binti Nik Salleh (Pahang)

 

📌 Pingat Emas

🏵️Putra Kelas H (80-85kg)

Putra Syaid Hidayatullah bin Ramli (UTHM)

🏵️Putri Kelas D (60-65kg)

Nur Adilah binti Mohamad Zamri (UTHM)

🏵️Putra Kelas J (90-95kg)

Muhammad Haziq bin Bistaman (UITM)

🏵️Regu Putri

Nur Husnina binti Abdul Hamid (UiTM)

Nurmunirah binti Zaharudin (UiTM)

Atiqah Fakhira binti Shaiful Azli (UPNM)

 

📌 Pingat Perak

🏵️Putri Kelas B

Nurizzaty Natasha binti Kamaruddin (UPSI)

🏵️Putri Kelas C

Nur Amira Izzati binti Khalid (UiTM)

🏵️Tunggal Putra

Mohammad Nur Syahmi bin Rohamidi (UiTM)

🏵️Regu Putra

Muhammad  Nur Hafiz bin Yusoff Khalid (UIAM)

Muhammad Amirul Haiqal bin Mohamad Yusuf (UIAM)

Muhammad Faiz Danial bin Mohd Dahalam (UIAM)

🏵️Ganda Putra

Mohammad Ammar Sufi bin Mohammad Rosli (UIAM)

Luqman Nul-Hakim bin Che Abdullah (UIAM)

 

📌 Pingat Gangsa

🏵️Tunggal Putri

Mirsha Nurathiqa binti Mirnawan (UIAM)

🏵️Putra Kelas D

Muhammad Aliff Hakimi bin Azhar (UPNM)

🏵️Putra Kelas E

Muhammad Fitri Naim bin Azmi (UPNM)

🏵️Putra Bebas

Muhammad Ziyad Irham bin Mohd Rafi (UniMAP)

🏵️Putri Kelas A

Nur Fazlina Syafiqa binti Mohamad Fairus (UPNM)

 

📌 Suku Akhir

🏵️Putra Kelas B

Mohammad Firdaus bin Mohd Israj (UPNM)

 

*Putra Syaid Hidayatullah Ramli dari FKAAB raih pingat emas bagi kategori Silat Tanding Kelas H Putra.

*Nor Adilah Mohamad Zamri dari FKEE meraih pingat emas bagi kategori Silat Tanding Kelas D Puteri