Persidangan yang bertemakan “Advances in Mechanical, Materials and Manufacturing Engineering for Global Development” ini disempurnakan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, bertempat di Hotel Grand Preanger, Bandung.
Persidangan buat pertama kalinya dikendalikan secara bersama dengan institut pengajian luar negara ini telah menarik minat ramai penyelidik daripada pelbagai negara seperti Algeria, Jepun, Libya, Nigeria, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Manakala lebih 200 kertas kerja telah dibentangkan dan diterbitkan dalam jurnal Applied Mechanics and Materials yang diindeks oleh SCOPUS iaitu satu pangkalan data antarabangsa berkaitan jurnal yang dikendalikan oleh Trans Tech Publications (TTP).
Satu sesi perkongsian ilmu turut diadakan melibatkan dua panel pengucap tama yang pakar dalam bidang kejuruteraan bahan dan pembuatan iaitu Profesor Madya Dr. Yusri Yusof daripada UTHM dan Profesor Dr. Ir. Mardjono Siswosuwarno daripada ITB. Sementara itu, UTHM dan ITB juga turut menandatangani deklarasi persefahaman bagi melaksanakan beberapa aktiviti yang dirancang secara bersama sebelum ini.
Bagi meneruskan usaha membawa nama UTHM ke peringkat antarabangsa, FKMP turut bertekad untuk meneruskan persidangan seperti ini pada tahun-tahun akan datang.