Oleh Munirah Mohd Yusof

MASAN, KOREA SELATAN – Penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dura Adibah Roslan berjaya meraih Ministry of Foreign Affairs Award di pertandingan The 26th K-Speech World Contest – On Air yang berlangsung di Masan Culture Centre, Masan, Korea Selatan pada 1 Oktober 2022 lalu.

Pertandingan anjuran Changwon Special City bersama Korean Speech Organisation disertai oleh 16 negara dari seluruh dunia.

Dura, penuntut tahun tiga dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah menyertai pertandingan ucapan yang disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Korea bertajuk ‘ ???? ?? ????? ?? ‘ atau “Budaya Malaysia yang menjadi Kebanggaan Saya (Malaysian Culture that I am proud of).”

Menurut Dura, dia amat meminati bahasa Korea dan berusaha sendiri untuk mempelajari cara bertutur dan membaca hangul (huruf).

Kejayaan tersebut melayakkan Dura membawa pulang trofi berserta sijil anugerah Ministry of Foreign Affairs Award.

UTHM berharap kejayaan ini mampu menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan sepanjang bergelar penuntut UTHM.

 

 

 

Berita ini juga diterbitkan di :

1. malaysia gazette.com, 12 Oktober 2022 : https://malaysiagazette.com/2022/10/12/penuntut-uthm-raih-anugerah-pertandingan-the-26th-k-speech-world-contest-on-air-2022/

Dura Adibah, pelajar UTHM raih pengiktirafan di Korea atas perkongsian keunikan budaya Malaysia

2. sinarbestari.sinarharian.com, 13 Oktober 2022 : https://sinarbestari.sinarharian.com.my/ipt/dura-adibah-pelajar-uthm-raih-pengiktirafan-di-korea-atas-perkongsian-keunikan-budaya-malaysia/

3. msn.com, 13 Oktober 2022 : https://www.msn.com/en-my/news/berita/dura-adibah-pelajar-uthm-raih-pengiktirafan-di-korea-atas-perkongsian-keunikan-budaya-malaysia/ar-AA12TL5l