Oleh Siti Nur Mariani Mohd Yunos

BATU PAHAT – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan persidangan antarabangsa International Conference on Mechanical and Manufacturing Engineering 2022 (ICME 2022) buat kali ke-12 pada 9 dan 10 Ogos 2022 lalu secara dalam talian.

Bertemakan ‘Integrating Sustainable Engineering with Technopreneurship and Aviation Aspirations, persidangan pada kali ini telah disertai lebih dari 70 peserta dari dalam dan luar negara.

Perasmian persidangan telah dilaksanakan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim.

Menurut beliau, persidangan ini merupakan satu langkah awal dalam memastikan hasrat universiti untuk menjadi Global Technopreneur University pada 2030 tercapai.

Untuk rekod, ICME merupakan persidangan yang dijalankan secara tahunan oleh FKMP.

Penganjuran ICME pada kali ini telah dipengerusikan oleh Ts. Dr. Norfazillah Talib dengan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada staf fakulti dan beberapa pusat tanggungjawap lain di UTHM.

Empat pakar telah dijemput bagi menyampaikan ucaptama yang dijalankan pada hari pertama persidangan iaitu Prof. Dr. -Ing. Jorg Hoffmann dari Osnabrück University of Applied Sciences, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Faiz Mohd Turan dari Universiti Malaysia Pahang, Prof. Ts. Shamsul Kamar Abu Samah dari National Aerospace Industry Cooridinating Office dan Prof. Madya Dr. Ahmad Jais Alimin dari UTHM.

FKMP berharap penganjuran persidangan ini dapat memberi peluang kepada para staf akademik dan penyelidik UTHM untuk menimba pengalaman dan membina jaringan penyelidikan dan berdaya saing demi untuk manfaat universiti dan negara pada masa hadapan.