Felo penyelidik Pusat Wayarles dan Sains Radio (WARAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima pengiktirafan daripada pihak universiti menerusi Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2014 dan Anugerah Penerbitan Universiti 2014 hasil penglibatan aktif dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi sepanjang tahun 2012 dan 2013.
Majlis Anugerah anjuran Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkormersilan dan Perindungan (ORICC), UTHM yang diadakan pada 3 November lalu di Dewan Tunku Mahkota Ismail tersebut diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada para penyelidik universiti yang telah mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Daripada lapan kategori anugerah tesebut, penyelidik dari Kluster Penyelidikan Teknologi Antena dan Radio Frekuensi Pusat WARAS, Profesor Madya Dr. Muhammad Yusof Ismail telah memenangi Anugerah Insentif Khas Naib Canselor dan Anugerah Insentif Khas Universiti yang telah disampaikan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin.
Kejayaan felo penyelidik Pusat WARAS dalam penerbitan buku ilmiah, artikel berindeks SCOPUS serta jemputan sebagai Pengucaptama dan Perunding antarabangsa turut meraih kejayaan dalam Anugerah Penerbitan Universiti 2014 yang telah dianjurkan buat kali keempat pada 4 November lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.
Kejayaan kumpulan penyelidik Pusat WARAS dalam kedua-dua anugerah tersebut telah menyuntik semangat kumpulan felo penyelidik WARAS untuk terus meningkatkan kualiti penyelidikan dan inovasi ke peringkat yang lebih dinamik selaras dengan misi dan visi universiti.
Berikut senarai felo penyelidik WARAS yang telah meraih kejayaan dalam Anugerah Penerbitan Universiti 2014.
Felo Penyelidik | Kluster Penyelidikan | Anugerah | Penghargaan Penerbitan SCOPUS | ||
H-Index | Documents | Citations | |||
Prof. Madya Dr. Muhammad Yusof Ismail | Teknologi Antena dan Radio Frekunsi | Anugerah Penulis Muda | 6 | 48 | 119 |
Anugerah Ke-2 Buku Terbaik
(Sains Teknologi dan Kejuruteraan) |
|||||
Prof. Madya
Dr. Muhammad Mahadi Abdul Jamil |
Multi-disciplinary Research | 3 | 36 | 54 | |
Prof. Dr. Maizam Alias | – | – | 54 | ||
Dr. Fauziahanim Che Seman | Microwave Devices and Frequency Selective Surface | – | – | 43 |
*Sumber rasmi : Pejabat Penerbit, UTHM