Pusat Islam Bandar Iskandar 21 Mei – 14 orang ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia telah mewakili Universiti ke Konvensyen Transformasi Fenomena Psikologi dan Kaunseling 2014 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiasuaha Kerajaan Johor dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
Konvensyen yang berlangsung selama 2 hari itu telah menarik ramai peserta dari pelabagai jabatan dan agensi kerajaan dari negeri Johor Darul Takzim. Pada hari pertama Konvesnyen telah dimulai dengan pembentangan oleh Prof Madya Dr Abdul Halim bin Mohd Hussin, Pengarah Bahagian pengurusan psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bertajuk Transformasi AKRAB ke Arah Memperkasa perkhidmatan Psikologi & Kaunseling. Slot kedua pula ialah pembentangan dari Dr Norzah bt Abd Ghani Ketua Penolong Pengarah, cawangan Pengurusan & Perhubungan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia bertajuk Transformasi Stress melalui Terapi Ketawa. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Hajah Asiah bte Hj Md Ariff Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita , Keluarga dan masyarakat Negeri Johor pada sebelah petang.
Hari pertama konvensyen diakhiri oleh sesi Forum ’Psikologi Efektif Ke Arah Transformasi Kendiri ’ yang mana ahli panel terdiri daripada prof Datuk Dr. Mohd Tajudin bin Hj Ninggal Professor Psikologi Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia dan Prof. Dr. Muhaya bte Hj Mohamad Pakar perunding Mata (Lasik).
Konvensyen diteruskan pada hari kedua dengan pembentangan sinergi pagi oleh Encik Muliadee bin Amat @Bidin , pembentangan Tribute to Allahyarham Ahmad Ahmar oleh encik Muhammad Suhail bin Ahmad Presiden Generasi Penjejak Tamadun Dunia, pembentangan Magnet Diri oleh Encik Amin bin Idris pengacara TV Al Hijrah dan akhir sekali Dr. Mohd Shukri bin Abdullah yang memberikan pembentangan positifkan dirimu. Diharapkan input yang telah diperolehi daripada konvensyen ini dapat dimanfaatkan kepada semua ahli AKRAB yang telah menyertainya