Dua orang staf dari iTAc MSC Outsourcing Sdn. Bhd. telah datang melawat Jabatan Matematik dan Statistik, FSTPi  pada 22 Mac, 2017. Mereka ialah Mr. Edmond Eer (CEO syarikat) dan Mr. Gary Torilla (IT Consultant). Sebagai pengenalan, iTAc MSC Outsourcing Sdn. Bhd. merupakan syarikat pakar ‘computer mainframe’ yang membekalkan perkhidmatan software (perisian) kepada institusi kewangan di dalam dan luar negara. Tugas utamanya ialah memberi khidmat kepada pembangunan, penyelenggaraan dan sokongan kepada sistem legasi seperti sistem pengurusan ‘credit card’, teras perbankan, pinjaman, pembiayaan perdagangan dan lain-lain pembiayaan.

 

Pada sebelah pagi, mesyuarat melibatkan dua orang staf iTAc dan ahli pengurusan  FSTPi seperti Dekan, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Ketua Jabatan matematik dan Statistik, Ketua Panel Statistik dan Penyelaras Latihan Industri  membincangkan tentang latihan industri pelajar, peluang kerja graduan dan peluang kerjasama penyelidikan antara kedua belah pihak. Bagi mengeratkan perhubungan kerjasama, kedua belah pihak dalam rangka untuk menandatangani “Letter of Intent” (LOI).

 

Pada sebelah petang, dua staf iTAc telah memberi ceramah industri kepada para pelajar tahun 2 dan tahun 3 Sarjana Muda Sains (Matematik Teknologi) dengan Kepujian dan Sarjana Muda Sains (Statistik Industri) dengan Kepujian dan pelajar pascasiswazah Jabatan Matematik dan Statistik. Ceramah industri ini menyatakan kepentingan kerja dalam bidang IT. Antaranya kerja sebagai “Programmer” dan juga “Software Tester” yang mana ianya memberi khidmat kepada institusi kewangan di dalam dan luar Negara. Sesi temuduga graduan dijalankan untuk memenuhi kekosongan jawatan di syarikat iTAc. Pelajar tahun 3 juga mengambil peluang menghadiri temuduga untuk tujuan latihan praktikal.

 

Pictr 4  pictr 1 pictr 3Pictr 2