31 orang Pegawai Kadet Sispa termasuk 4 orang Pegawai Tauliah Sispa UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diberi peluang menyertai program Mobiliti Pelajar Ke Luar Negara (Singapura) dibawah program khas Kebolehpasaran Graduan dibawah Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P) yang telah diadakan pada 16 Disember 2016 lalu. Mejar Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi bin Abdullah dan Kapten Bersekutu (PA)Mohd Zairil bin Zainal turut bersama sebagai pegawai pengiring.Program ini diketuai oleh wakil pelajar sispa iaitu pegawai tauliah Lt.Muda(PA) Mohamad Amirul Fahmi bin Rosli dan tiga (3) pegawai tauliah yang lain. Ini merupakan siri ke 4 Sispa ke Singapura dari tahun 2011. Sispa UTHM juga turut menjemput pegawai bersekutu dari UTM , Perbadanan Taman Negara Johor dan Polikteknik Sultan Ibrahim.
Program mobiliti antarabangsa ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya setiap IPTA menyediakan kursus soft skill kepada graduan supaya mereka berkeupayaan untuk memenuhi persaingan dalam pasaran kerja yang semakin mencabar. Kemahiran dan soft skill yang ada dalam diri pelajar akan menjadi nilai tambah dan mampu menarik minat majikan untuk mengambil mereka bekerja.
Program mobiliti ini akan dapat menguji peserta dari aspek ketahanan mental, fizikal, rohani dan displin diri, kreativiti, memberi input terhadap pengurusan organisasi dan kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, etika dan moral professional, dan membuat keputusan disamping membentuk semangat berpasukan serta dapat membangunkan mentaliti mereka kearah pembangunan insan secara telus dan efektif.
Program Mobiliti ini sangat bermanfaat dimana peserta dalam mempelajari budaya dan pertahanan awam di Negeri Singapura selaras dengan objektif pelaksanaan program yang telah dilaksanakan oleh universiti, maka penghayatan nilai-nilai murni merupakan teras ke arah mencapai KI yang cemerlang.