Muhammad Hariz Mohd Sharif dan Tan Tee How menerima Anugerah Di-Raja (Pingat Jaya Cemerlang) semasa berlangsungnya sidang satu, Istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke-17 yang diadakan pada 14 Oktober 2017.

Muhammad Hariz,24 lepasan Diploma Kejuruteraan Elektrik dari UTHM juga merupakan atlet sukan Rowing Universiti. Beliau adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE).

Tan Tee How, 24 pula merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS). Graduan ini mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan turut aktif dalam bidang kokurikulum.

Puteri Najihah Adnan,24 telah menerima dua anugerah serentak pada Majlis Konvokesyen UTHM ke-17. Penerima Anugerah Sultan Ibrahim dan Anugerah Naib Canselor ini melahirkan rasa syukur, penghargaan dan terima kasih atas penganugerahan yang telah diterimanya.Menurutnya pembahagian masa yang bijak menjadi rahsia kejayaannya pada hari ini.

penerima anugerah