14 Oktober 2017 – Kejohanan Hoki 6 Sebelah Bawah 11 Tahun (lelaki perempuan) Piala TNB, Sempena Majlis Konvokesyen UTHM 2017 anjuran Kelab Hoki UTHM dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Persatuan Hoki Johor (PHJ) dan Pusat Sukan UTHM telah melabuhkan tirainya. Edisi pertama ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dengan penglibatan 50 pasukan yang terdiri daripada 600 orang pelajar sekolah rendah, 50 orang pengurus pasukan dan 300 orang penonton. Kehadiran Ibu bapa juga turut menambah lagi kemeriahan kejohanan.

Pasukan Stascian A telah menjadi johan bagi kategori lelaki – Gold Pool manakala naib johan adalah pasukan Tranquerah HC dan tempat ketiga adalah pasukan Staz boys. Bagi kategori perempuan – Gold Pool pula Johan adalah pasukan SKOS manakala naib johan pasukan Bemban Tigress an tempat ketiga adalah pasukan PHDK Prodigy. Johan bagi kategori Gold Pool – Lelaki menerima Piala Iringan TNB dan wang kemenangan sebanyak RM500.00 manakala kategori Gold Pool – Perempuan menerima Piala Iringan TNB dan wang kemenangan RM400.00. Muhammad Nabil Irfan bin Mohd Yusof dan Meira Ellyeisya binti Osman telah dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak edisi kali. En Amran bin Jantan wakil daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku penaja rasmi kejohanan telah menyampaikan hadiah.

Penganjuran kejohanan ini merupakan satu pentas arena sukan hoki untuk menjejaki bakat – bakat baru diperingkat sekolah rendah. En Lailin bin Abu Hassan, penolong jurulatih pasukan hoki perempuan kebangsaaan, En Shahabuddin bin Royani, Setiausaha Persatuan Hoki Johor (PHJ), En Shahrul Izwan bin A.Rahman, Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Johor turut hadir untuk melihat bakat – bakat baru dalam kejohanan ini. Penutupan kejohanan pada hari ini

turut menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara.

kejohanan hoki