Pertauliahan Batch Kelima Kor Sispa UTHM diadakan sempena Majlis Pentauliahan Kor Sispa kali ke 8 Tahun 2017 di Dewan Muadzam Syah Universiti Utara Malaysia pada 6 Ogos lalu. Pentauliahan yang bermula pada 4 hingga 6 Ogos lalu ini melibatkan seramai 660 kadet Kor Sispa dari 15 buah universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta. Majlis ini disempurnakan oleh Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) ini pada 6 Ogos lalu.
Turut diadakan upacara penyampaian hadiah Pegawai Kadet Sispa Terbaik, Lt.Muda (PA) Muhammad Alif Bin Ahmad Tarmizi dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, UTHM bersama 14 IPT yang memenuhi syarat.
Sementara itu Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, berharap agar Pegawai Muda yang ditauliahkan dapat melibatkan diri dalam aktiviti untuk kesinambungan daripada pentauliahan agar terus bersama dalam memperkasakan APM berdasarkan ilmu yang telah diperolehi supaya dapat memberikan perkhidmatan kepada orang awam demi kepentingan rakyat, negara dan dunia seluruhnya. Beliau juga menekankan bahawa sikap amanah, berani dan kekuatan diri menjadi teras jati diri bangsa dan kunci kejayaan terutamanya untuk membangunkan keupayaan kepimpinan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Kontinjen Kor Sispa UTHM diketuai oleh Kapten Bersekutu (PA).Mohd Zairil bin Zainal dan Timbalan Ketua Kontinjen, Mejar Bersekutu (PA) Dr Fadillah Ismail melibatkan 53 pegawai kadet SISPA yang ditauliah dengan gelaran Leftenan Muda pertahanan Awam. Kali ini tiada acara pertandingan kemahiran dan sesi perbarisan tamat tauliah di padang dilaksanakan.
Persediaan dan usaha keras selama tiga hari yang diberikan oleh kontijen sebelum pertandingan ini banyak membantu dalam membentuk dan memantapkan penyertaan Kor Sispa UTHM pada tahun ini. Sokongan dan bantuan yang berterusan daripada Pegawai Bersekutu, Pegawai Penyelaras, Pegawai Muda, Jurulatih, Pejabat Negeri Pertahanan Awam Johor dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Batu Pahat juga telah menambahkan lagi semangat pasukan untuk terus mengekalkan kecemerlangan.
Sispa UTHM juga diberi peluang atas platform Kor Sispa sebagai petugas Medik APM di Sukan Sea. Seramai 10 orang UTHM 9 Orang USIM yg terlibat daripada 116 anggota APM dari seluruh negeri.
Mej. Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah yang mewakili PPj. Kehormat (PA) Prof. Dr. Wahid Razzaly, Komandan kor Sispa UTHM turut hadir memeriahkan majlis pentauliahan tersebut. Yang turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mejar Jeneral (B) Dato’ Azmy Yahya, Komandan UUM, PPj Kehormat (PA) Profesor Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, pegawai-pegawai utama APM, komandan-komandan Kor SISPA serta pegawai-pegawai kehormat dan bersekutu APM setiap institusi pengajian tinggi.