Oleh Prof. Ts. Dr Mohd Kamarulzaki Mustafa

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama yang menawarkan Kursus Kokurikulum Askar Wataniah khusus untuk pelajar program diploma bermula pada sesi 2022/2023.

Menurut penyelaras Askar Wataniah UTHM, Prof. Ts. Dr Mohd Kamarulzaki Mustafa penawaran kali pertama itu mendapat sambutan yang agak baik apabila 35 pelajar berjaya mendaftar, sekali gus menjadi kumpulan pertama yang mewakili UTHM.

Latihan dan pengurusan pasukan terbabit diuruskan oleh jurulatih Batalion Dua, Rejimen 501, Kem Jalan Jonid, Muar.

Sebagai permulaan, pasukan Askar wataniah UTHM bersama 150 anggota Rejimen 501 lain menimba pengalaman baharu apabila berpeluang melibatkan diri dalam perbarisan Pembukaan Latihan Askar Wataniah di Kem Tebrau pada 6 Februari lalu.

Perbarisan tersebut telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Infantri 7 Briged.

“Keterlibatan dalam perbarisan sebegitu memberi peluang kepada para pelajar untuk terlibat dalam program bersama anggota sukarela lain dan anggota tetap di bawah naungan Rejimen 501.

“Ditambah pula, displin dan semangat kerjasama sangat ditekankan dalam setiap latihan yang dijalankan mengikut silibus yang telah dipersetujui oleh pihak Rejimen 501,” kata Prof. Kamarulzaki.

Sementara itu, bagi menghargai penubuhan pertama pasukan Askar Wataniah UTHM, Majlis Perasmian Kursus Asas Perajurit Muda siri 1/2023 telah diadakan bertempat di UTHM Kampus Cawangan Pagoh.

Kursus APMS kali ini yang telah dilaksanakan selama sebulan bermula pada 5 Febuari 2023 lalu dan berakhir 6 Mac melibatkan penyertaan keseluruhan 82 penuntut daripada tiga batalion.

Elemen kursus melibatkan empat komponen utama iaitu teori medan perang, kawad kaki, pengendalian senjata dan latihan medan memberi pengalaman baharu sebagai anggota tentera.

Mental penuntut turut diuji apabila sepanjang kursus itu mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit dan perlu sentiasa mematuhi masa dan arahan dari semasa ke semasa.

Lebih membanggakan, penuntut anggota wataniah UTHM, Faresh Adam Mohd Fuad, pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal berjaya dinobatkan sebagai ‘Penembak Terbaik’ bagi kursus APSM siri 1/2023.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Komander Rejimen 501, Askar Wataniah, Lt. Kol. Mohd Fauzi Adam semasa berlangsungnya majlis penutup.

“Penglibatan pelajar dalam Askar Wataniah diharapkan mampu membentuk pelajar yang aktif dan sentiasa cergas selari dengan keberhasilan graduan UTHM bercirikan Global, Resilience, Integrity, Innovative dan Talent (GRIIT).

“UTHM juga berharap penawaran Kursus kokurikulum Askar Wataniah yang pertama di IPTA ini akan menjadi contoh kepada IPT lain bagi membentuk jiwa dan minda generasi muda yang mempunyai jati diri dan semangat cintakan negara,” katanya.

Lebih membanggakan, penuntut anggota wataniah UTHM, Faresh Adam Mohd Fuad, pelajar tahun satu Diploma Kejuruteraan Mekanikal berjaya dinobatkan sebagai ‘Penembak Terbaik’ bagi kursus APSM siri 1/2023.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Komander Rejimen 501, Askar Wataniah, Lt. Kol. Mohd fauzi Adam selaku perasmi majlis.

“Penglibatan pelajar dalam Askar Wataniah diharapkan mampu membentuk pelajar yang aktif dan sentiasa cergas selari dengan keberhasilan graduan UTHM bercirikan Global, Resilience, Integrity, Innovative dan Talent (GRIIT).

“UTHM juga berharap penawaran Kursus kokurikulum Askar Wataniah yang pertama di IPTA ini akan menjadi contoh kepada IPT lain bagi membentuk jiwa dan minda generasi muda yang mempunyai jati diri dan semangat cintakan negara,” katanya.

 

Faresh Adam Mohd Fuad terima anugerah daripada Timbalan Komander Rej. 501 Askar Wataniah.