Oleh Ts. Mohd Muzaffar Zahar

Bandar Saujana Putra – Pusat Pengajian Diploma (PPD), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih anugerah emas, perak dan gangsa selain tiga anugerah khas ketika menyertai pertandingan inovasi Engineering, Science and Technology Exhibition (ESTE22) buat pertama kali pada 18 Ogos 2022.

Bagi kategori Anugerah Kumpulan Diploma, projek pelajar CeDS telah berjaya meraih satu Gold Award, dua Silver Award dan dua Bronze Award.

Projek ‘Wireless Water Content Irregularity Monitoring System using LoRa at Muar River’ yang diketuai oleh Muhamad Amir Luqman Mohamad Alwi dan diselia oleh Timbalan Dekan (Akademik), CeDS, Dr. Muhammad Faizal Ismail telah berjaya membawa pulang Gold Award.

Sementara itu, bagi projek ‘Smart Medicine Box’ yang diketuai oleh Muhammad Norizzmier Norasmawi dan projek ‘Smart Parcel with Buzzer & Camera’ yang diketuai oleh Muhammad Syahrilhafiz Syaziman berjaya memperoleh Silver Award.

Manakala projek ‘Robokids for Early Education’ dan ‘Smart Device Switching Using Hand Gesture And IoT’ telah memperoleh Bronze Award.

Lebih membanggakan apabila tiga anugerah khas yang dipertandingkan turut berjaya diraih oleh kumpulan peserta CeDS.

Projek ‘Smart Parcel with Buzzer & Camera’ yang dianggotai oleh Muhammad Syahrilhafiz Syaziman, Afiq Imran Ismadi, Harith Aiman Suhaimi dan Ts. Mohamad Md Som berjaya meraih Best Project Award.

Projek ‘Smart Medicine Box’ yang dianggotai oleh Muhammad Norizzmier Norasmawi, Muhammad Nur Arsyad Zairul Rijaluddin, Ammar Amran dan Ts. Nur Azliza Ahmad pula berjaya meraih Best Demonstrative Award.

Manakala Muhammad Norizzmier dari pasukan projek yang sama turut dinobatkan sebagai Best Presenter Award.

Menurut Dr. Muhammad Faizal, pertandingan ESTE22 yang dianjurkan oleh Universiti MAHSA kali ke-17 ini dibuka kepada para pelajar ijazah sarjana muda dan diploma bagi memberi peluang kepada mereka mengetengahkan produk inovasi dan hasil  penyelidikan yang telah dibangunkan.

ESTE22 melibatkan penyertaan 66 projek untuk bersaing dalam tiga kategori pertandingan.

Tambah beliau, PPD telah menghantar sembilan penyertaan projek inovasi untuk dipertandingkan termasuk projek Wrist Recovery SystemRacing Drone with FPV Camera Using ArduinoCandy Colour Sorting Machine dan Bayam Hydroponics.

Kebanyakan projek yang dihantar adalah merupakan projek tahun akhir diploma yang telah dibangunkan selain satu projek inovasi dari kumpulan berfokus pensyarah.

Semua projek yang diketengahkan oleh CeDS ini turut bersaing dengan  projek-projek inovasi pelajar ijazah sarjana muda melalui tujuh kategori anugerah khas.

“Penglibatan dan penyertaan pelajar dan pensyarah CeDS UTHM di dalam ESTE22 kali ini diharapkan dapat membina pengalaman luar dan persaingan sihat khususnya dalam mengetengahkan projek-projek inovasi yang boleh diimplementasikan secara terus kepada masyarakat.

“Penglibatan pelajar-pelajar antarabangsa selain barisan panel dari luar negara dalam pertandingan ini turut membuktikan pencapaian pelajar dan juga pensyarah CeDS UTHM diiktiraf dan mampu untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh,” katanya.