PAHANG, Feb 2020 – Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya menerima pengiktirafan peringkat kebangsaaan apabila berjaya meraih dua anugerah khas dan tiga pingat Emas dalam Pertandingan 10TH CRETION,INNOVATION, TECHONOLOGY & RESEARCH EXPOSITION (CITREX’20) yang berlangsung pada 12 hingga 13 Februari lalu di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Anugerah Khas dan Emas tersebut diraih oleh Ts. Dr. Khalid Isa dan Nurliyana Kafli dengan produk bertajuk “Internet of Thing (IoT) based Water Surface Platform for Environmental Monitoring System” dan Dr. Burhaida Burhan dengan produk bertajuk “Mobility Analysis Of Traffic Congestion In Urban Road Network Using Geographic Information System (GIS) Through Fuzzy Logic Algorithm.” Manakala Profesor Madya Ts. Dr. Nor Haslina Hashim pula memenangi pingat Emas melalui produk “Kapok Fiber as Natural Adsorbent to Treat Pollutants in Carwash Wastewater.”

Pertandingan penyelidikan dan inovasi ini diadili oleh pakar-pakar dari institut pengajian tinggi awam dan pelbagai agensi yang menilai beberapa aspek seperti keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan.

Untuk rekod, pameran ini menjadi medium untuk membantu para penyelidik mewujudkan hubungan kerjasama dengan pihak industri dalam mengkomersilkan hasil penyelidikan dan inovasi.

Menurut Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Profesor Madya Ts. Dr. Norzila Othman hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri melalui penyertaan pertandingan seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan lagi hasil pengkomersilan UTHM.

“Tahniah diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencipta kejayaan di CITREX 2020 serta semua pihak yang turut bersama membantu,” katanya.