BATU PAHAT – Bagi meningkatkan imej Koperasi Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Lembaga Koperasi telah mengambil inisiatif menganjurkan Hari Koperasi UTHM 2018 di perkarangan Koperasi kampus induk pada 22 Mac baru-baru ini.
Pengerusi Koperasi UTHM (Berhad), Profesor Madya Dr. Razali Hassan berkata, Hari Koperasi UTHM 2018 ini merupakan program yang julung kali diadakan, hasil cetusan idea Ahli Lembaga Koperasi dan ahli lain.
Sempena program tersebut, pihaknya turut melancarkan Kad Pintar Koperasi bagi kegunaan warga universiti.
Menurutnya lagi penganjuran hari koperasi ini juga untuk memberi nilai tambah kepada ahli yang terlibat membuka gerai selain memberi manfaat kepada pengguna yang terdiri daripada warga kampus dan masyarakat setempat.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari Koperasi UTHM.