Berita UTHM

UTHM perluas program pembangunan kelas pintar

BATU PAHAT 9 Jan – Univer­siti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ­akan mem­perluas dan memanfa­at­kan sepenuhnya program Pembangunan Sistem Kelas Pintar (Smart Classroom) untuk menambah baik kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya melalui teknologi tele-persidangan.

Antara kemudahan yang di­se­­­diakan adalah kemuda­han komunikasi secara in­­­­­­­­te­­­­raktif antara bilik darjah dan dari pelbagai lokasi (mudah alih), panel sesentuh berdefinisi tinggi 4K untuk kegunaan multimedia, kamera dan sistem audio. Pembangunan kelas pintar dengan sistem pengurusan bilik darjah yang mesra pengguna yang dilaksa­na­­kan oleh UTHM sejak 2010 itu merupakan hasil kerjasama strategik antara UTHM dengan syarikat BenQ dan Projektor Doctor.

Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Wahid Razzaly berkata, selain mewujudkan bilik darjah yang mampu menampung pelbagai aktiviti pelajar sama ada secara individu dan berkumpulan, kewujudan Pusat Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global itu diharap dapat mem­bantu pensyarah memanfaatkan teknologi yang ada sebagai pemangkin proses pendidikan.

“Pelaksanaan kelas pintar ini tidak hanya bergantung kepada kecanggihan per­ala­tan teknologi semata-mata ma­lah turut melibatkan ?susun atur dan pelaksanaan kaedah pembelajaran yang le­bih fleksibel.

“Selain itu kaedah pengajaran ini diharap dapat mewujudkan pelajar yang berdaya pemikiran kreatif, kritis dan berupaya menyelesaikan ma­salah serta mampu berkomunikasi dengan efektif,” katanya

Wahid berkata, salah satu kaedah terkini adalah pelaksa­naan P&P secara dalam ta­lian sepenuhnya yang melibatkan inte­raksi antara pensyarah dengan pelajar tanpa bersemuka atau berada di dalam bilik kuliah.

Beliau berkata, pelaksanaan Kelas Pintar di universiti itu turut menarik perhatian Bahagian Teknologi Pendidi­kan (BTP), Kementerian Pendi­dikan yang ma­hu program itu dijadikan model contoh dalam Pem­belajaran Abad ke-21 (PAK21).

“Pihak universiti menerima maklum balas yang sangat positif dari pihak kementerian semasa kunjungan mereka ke UTHM semalam,” katanya.

Taklimat PAK21 disam­paikan oleh Ketua Pusat ?Pem­­belajaran Dalam Talian Ta­hap Global UTHM, Zainal Abidin Saya­di yang turut dihadiri pihak pe­ngurusan tertinggi universiti, tenaga pe­ngajar dan pelajar.Timbalan Pengarah BTP, Mohd. Haliza Mohd Adnan berkata, ?selain mempunyai prasara­na yang kondusif serta menepati ciri-ciri PAK21, Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global di UTHM juga telah ?membuktikan keupayaan sebagai pusat latihan dan khidmat nasihat berkaitan e-pembelajaran sejajar dengan Lonjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Ma­­­laysia–Pengajian Tinggi (2015–2025).

“Saya dimaklumkan baha­wa bagi tahun 2017, pusat ini berjaya melaksanakan hampir 50 sesi latihan dan kursus berkaitan e-pembelajaran de­ngan pengli­batan sebahagian besar staf akademik universiti.

“Latihan dan kursus yang disediakan berjaya memberi pendedahan kepada kaedah pembangunan bahan e-pem­belajaran secara pantas dan juga perkembangan teknologi terkini dalam pendidikan,” katanya.

Antara pengiktirafan lain yang diterima oleh UTHM mela­lui Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global termasuk diberi kepercayaan sebagai pembangun sistem pendaftaran Realiti Berperantara (Augmen­ted Reality) oleh institusi-institusi pengajian lain dalam Persidangan PAK21 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kolokium STEM Zon Selatan 2017 anjuran Kementerian Pendidikan pada tahun lalu.

image (1) image

Sumber : UTHM perluas program pembangunan kelas pintar

Related Posts

UTHM beri bantuan zakat, pinjaman tanpa faedah bantu pelajar tidak berkemampuan

Oleh Suriayati Baharom BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersedia menawarkan pelbagai…

Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq dilantik Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM

Oleh Suriayati Baharom BATU PAHAT – Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, 52 telah…

Tinggalkan Balasan