Bangi – Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah memberi pengiktirafan dan penghargaan melalui penganugerahan Pingat Bakti Pertahanan (PBP) Awam kepada Pegawai Bersekutu Pasukan Siswa APM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mej. Bersekutu (PA), Norza Iskandar Helmi Abdullah, Ajutan Pasukan Siswa APM Kampus Induk UTHM semasa berlangsungnya Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat, Sijil Penghargaan dan Sijil Kepujian Ketua Pengarah Pertahanan Awam pada 25 Oktober lalu.

Manakala Pingat Am Pertahanan (PAP) Awam pula diberikan kepada Kapten Bersekutu (PA) Ahmad Khirul Nizam Ali, Pegawai Latihan Pasukan Siswa APM Kampus Induk UTHM.

Pada masa yang sama, turut berlangsung Majlis Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Ke – 65 di Dewan Rafflesia yang dihadiri oleh 280 warga Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Akademi LAtihan Pertahanan Awam (ALPHA).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim APM merai dan menghargai jasa pegawai-pegawainya dengan menganugerahkan sebanyak 245 Pingat dan Sijil Pertahanan Awam.

Antara amanatnya yang disampaikan melalui ucapan KPj. (PA) Mejar Jeneral (B) Dato’ Azmy Yahya, beliau menekankan kendalian tugasan APM seperti ketepatan masa, keutamaan tugas yang diberikan dan keputusan yang dibuat dengan tindakan yang segera serta cara bekerja perlulah mengikut kaedah semasa dan teknologi terkini selaras dengan peredaran masa.

KPj. (PA) Mejar Jeneral (B) Dato’ Azmy turut memaklumkan bahawa tahun 2018 merupakan tahun bagi memperkasakan lagi latihan kepada warga APM supaya perkhidmatan yang diberikan oleh APM adalah pada tahap yang terbaik.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YS PPj (PA) Sukiman Ahmad dan Komandan ALPHA, Y.S PPj.(PA) Abdul Wahab Rahim.

Manakala majlis sambutan sedemikian juga diadakan serentak sempena Ulang Tahun Ke-65 APM di kota Kinabalu yang hadiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Pertahanan Awam Malaysia, YAS Roslan Wahab. Hadir sama, Pemangku Pengarah APM Sabah Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud, lima pegawai dan anggota dipakaikan pangkat, 24 pegawai dan anggota dianugerahkan pingat dan seorang penerima sijil.

penerima sijil