Batam – Seramai 13 orang staf Fakulti Pendidikan Teknikal Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terdiri daripada tiga orang staf akademik, enam orang penolong jurutera dan empat orang staf pentadbiran, diketuai oleh Tuan Haji Daud Ahmad, Penolong Jurutera telah terlibat dalam Program Mobiliti Staf TVET FPTV Ke Universitas Batam dan Labtech Ltd Indonesia pada 25-27 Oktober 2016 yang lalu.
Program Mobiliti Staf TVET FPTV ini merupakan program mobiliti TVET staf kali pertama dijalankan oleh Penolong Jurutera, FPTV di universiti ini dan merupakan sumber inspirasi kepada staf sokongan memperluaskan bidang teknologi masa kini dalam TVET.
Program ini juga diadakan bertujuan memberi lebih pendedahan tentang teknologi yang digunakan oleh Universitas Batam dan Labtech International Ltd. untuk diaplikasikan di peringkat universiti amnya dan fakulti khususnya.
Hasil dari program mobiliti ini staf dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan dan pengajaran kemahiran di makmal dan bengkel serta menjana idea bernas dan berkualiti dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran fakulti di samping dapat mengeratkan hubungan persaudaraan.
Hasil pertemuan dan perbincangan yang dibuat, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) serta pertukaran staf dan pelajar antara FPTV, UTHM dan pihak Universitas Batam dan Labtech International Ltd.
Semasa di Labtech International Ltd, Batam Indonesia, kedatangan delegasi FPTV telah disambut oleh Mr. Dave Berglund-Vice President, Bapak Eko Hernanto-Factory Manager dan Bapak Indra Lugianto-Sales Marketing Support Manager. Labtech adalah syarikat yang sudah melebihi 25 tahun dalam mengeluarkan produk simulasi berkaitan Computer and Networking, Green Technology, Refrigeration Aircond, Automotive/Tranportation dan lain-lain berkaitan TVET. Manakala di Universitas Batam pula disambut oleh Dr. Bambang Satriawan-Wakil Rektor dan Dr Saiful Batubara-Dekan Fakultas Kedokteran.
Program ini berlangsung dengan lancar hasil bantuan dan kerjasama dari Alumni FPTV, UTHM iaitu Senator Bapak Dr. H. Hardi Selamat Hood dan pelajar-pelajar FPTV, UTHM yang berada di Batam seperti Bapak Said Maskor, Bapak Fauzi dan Ibu Saripah Normawati. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada pegawai-pegawai atasan di Batam.