Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sekali lagi berjaya membuktikan keupayaan melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia apabila atlet mendayung, Mohd Zulfadli Rozali, mahasiswa Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional terpilih mewakili Malaysia ke World University Games 2015 Gwangju, Korea pada 3 hingga 14 Julai 2015 ini.
Pada temasya kali ini, Mohd Zulfadli akan bertanding bagi acara Men Lightweight Single Scull (LM1X).Temasya ini dianjurkan oleh International University Sports Federation (FISU) melibatkan seramai 20,000 atlet dan pegawai daripada 170 negara dengan mempertandingkan sebanyak 21 acara sukan. Antaranya Gimnastik Artistik, Olahraga, Bola Keranjang, Terjun, Lawan Pedang, Bola Sepak, Judo, Gimrama, Renang, Ping Pong, Tenis, Bola Tampar, Polo Air, Memanah, Badminton, Baseball, Golf, Bola Baling, Rowing, Menembak dan Taekwondo.
Semoga dengan pencapaian cemerlang ini akan menaikkan nama UTHM selaku pusat pembangunan sukan di tanah air dengan kerjasama dari pihak pengurusan tertinggi UTHM, persatuan sukan dan penggiat-penggiat sukan khususnya di UTHM sendiri akan dapat membantu membangunkan sukan di Malaysia.
Source: Atlet UTHM wakili Malaysia ke World University Games 2015 Gwangju, Korea