UniversitiTun Hussein Onn Malaysia (UTHM) baru-baru ini telah meraih dua pingat emas dan satu Anugerah Khas ketika menyertai pameran Malaysia Technology Expo 2015 (MTE) yang diadakan pada 12 hingga 14 Februari lalu bertempat di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Satu pingat emas dan Anugerah Khas diperolehi melalui produk penyelidikan Dr. Noor Yasmin Zainun. Mana kala satu pingat emas lagi diraih melalui hasil penyelidikan pasukan penyelidik iaitu Prof. Madya Dr. Rozaini Roslan, Mohammed Adbulhameed dan Najahulfazliah Zainuddin.
Pameran MTE yang dirasmikan oleh CEO Malaysia Technology Development Corporation, YBhg. Dato’ Norhalim bin Yunus ini merupakan platform pameran dan pertandingan penyelidikan dan inovasi produk universiti peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Malaysian Associations of Research Scientists (MARS) dan Protemp Sdn. Bhd.
Pameran ini dianjurkan setiap tahun bagi mempromosi produk penyelidikan universiti kepada pihak industri dan mengadakan pertandingan sebagai pengiktirafan industri terhadap produk penyelidikan tempatan.
Sebanyak lebih 300 produk telah dipertandingkan sepanjang pameran ini berlangsung yang juga melibatkan penyertaan dari sekolah menengah hinggalah ke penyertaan luar negara.
Sesi penilaian produk telah diadakan pada hari pertama pameran berlangsung dengan melibatkan beberapa panel penilai mengikut kategori masing-masing. Booth UTHM mendekati umum dengan menerang dan mengedarkan pelbagai maklumat mengenai penyelidikan yang ada serta kepakaran yang dimiliki oleh universiti ini.
Lebih membanggakan lagi, UTHM dinobatkan sebagai juara The Best Booth bagi kategori Shell Scheme.
UTHM mengucapkan syabas dan tahniah diatas pencapaian yang diterima oleh penyelidik-penyelidik ni