Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah Menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha menggalakkan dan menyuburkan lagi penerbitan ilmiah dalam kalangan staf UTHM.
Majlis menandatangani MoU itu telah diadakan sempena Anugerah Penerbitan Universiti (APU) 2014 yang berlangsung pada 4 November 2014 di Dewan Sultan Ismail, UTHM.
UTHM diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’Dr. Mohd. Noh Dalimin manakala DBP diwakili oleh Ketua Pengarah, Datuk Dr. Hj. Awang Sariyan.
Terdahulu, Profesor Madya Dr. Yusri Yusof dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan telah diumumkan sebagai Tokoh Penerbitan sempena APU 2014 yang menerima wang tunai sebanyak RM3000, sijil dan trofi manakala Prof. Madya Dr. Muhammad Yusof Ismail diumumkan sebagai Penulis Muda yang turut menerima wang tunai RM1000, sijil dan trofi.
Terdapat beberapa kategori lain yang dipertandingkan dalam APU 2014 iaitu Kategori Anugerah Buku Terbaik Bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan, Anugerah Buku Terbaik Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial, Anugerah Buku Terlaris, Anugerah Hadiah Khas Fakulti Kategori Buku, Anugerah Hadiah Khas Fakulti Kategori Artikel Jurnal, Anugerah Hadiah Khas Fakulti Kategori Kertas Kerja Persidangan serta Anugerah Hadiah Khas Fakulti Kategori Modul Pembelajaran.
APU 2014 kali ini juga turut memberikan penghargaan kepada 50 Penulis Berindeks Scopus membabitkan tiga kategori iaitu documents, citations, H-index.
APU 2014 merupakan program anjuran Pejabat Penerbit UTHM yang diadakan dua tahun sekali dalam usaha menghargai sumbangan karya yang berjaya diterbitkan dalam kalangan warga universiti.
APU ini juga dilihat mampu merangsang penghasilan bahan-bahan penulisan ilmiah di samping meningkatkan daya saing dalam penulisan yang berkualiti sekali gus meningkatkan imej penerbitan ilmiah universiti.
Sementara itu, sebanyak 37 buah buku terbitan Penerbit UTHM dan kedai buku elektronik UTHM iaitu Ebookstore.uthm.edu.my turut dilancarkan dalam majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’Dr. Mohd. Noh Dalimin.
SENARAI PENERIMA APU 2014 MENGIKUT KATEGORI
Anugerah Tokoh Penerbitan |
Prof. Madya Dr. Yusri Bin Yusof FKMP
|
Anugerah Penulis Muda |
Prof. Madya Dr. Muhammad Yusof Ismail FKEE
|
Anugerah Buku Terbaik
Bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan |
Pertama : Neural Network System Identification Experimental Approach Of A Car Modelling Dr. Dirman Hanafi bin Burhannuddin FKEE
Kedua : Reflectarray Antennas For Strategic Defense Technology Profesor Madya Dr. Muhammad Yusof bin Ismail FKEE
Ketiga : Numerical Methods With Excel Profesor Madya Dr. Tay Kim Gaik FSTPI
|
Anugerah Buku Terbaik
Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial |
Pertama : Total Quality Management Dr. Hj. Torehman@Rosmaini bin Hj. Tasmin FPTP
|
Anugerah Buku Terlaris |
Pertama : Tun Dr. Ismail : Merintis Kepemimpinan Berintegriti Prof. Madya Dr. Khairul Azman bin Mohd. Suhaimy FSTPI
Kedua : Mandarin Made Simple Encik Lim Hong Swan FSTPI
Ketiga : Total Quality Management Dr. Hj. Torehman@Rosmaini bin Hj. Tasmin FPTP |
Anugerah Hadiah Khas Fakulti |
Kategori Buku Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)
Kategori Artikel Jurnal Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP)
Kategori Kertas kerja persidangan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)
Kategori Modul Pembelajaran Pusat Pengajian Diploma (PPD)
|
Source: MoU bersama DBP suburkan Penerbitan Ilmiah Staf UTHM