MERSING – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terus memperkukuh peranannya dalam penyelidikan dan pemuliharaan biodiversiti negara apabila dilantik sebagai institusi peneraju saintifik bagi Eksplorasi Biodiversiti Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) di Hutan Simpan Lenggor dan Hutan Simpan Kekal Lenggor Kluang-Mersing, Johor.
Eksplorasi yang berlangsung dari 18 hingga 22 Mei 2026 itu menghimpunkan hampir 120 penyelidik dari lebih 20 institusi tempatan dan antarabangsa termasuk universiti awam, agensi penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan serta rakan antarabangsa seperti Copenhagen Zoo.
Program tersebut diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar bersama pasukan penyelidik UTHM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
Eksplorasi itu merupakan pelaksanaan pertama inisiatif di bawah Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS) 2022 yang memfokuskan pemantauan biodiversiti secara menyeluruh merentas 39 rangkaian ekologi CFS di Semenanjung Malaysia.
Melalui eksplorasi tersebut, penyelidik menjalankan pengumpulan data saintifik berkaitan status semasa biodiversiti flora dan fauna, selain menilai tahap ketersambungan habitat dalam koridor CFS bagi menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan ekologi negara secara lebih sistematik dan mampan.
Sementara itu, majlis perasmian pembukaan yang berlangsung di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing telah disempurnakan oleh YB Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Turut hadir, Dato’ Hj. Roslan Rani, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar & Perancangan), wakil rasmi kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia; Datuk Md Jais Haji Sarday, Ahli Lembaga Pengarah UTHM; Profesor Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM dan Azreen Khamis wakil rasmi kepada Pengarah Politeknik Mersing.
Sempena program berkenaan, UTHM turut memeterai Surat Hasrat (LoI) bersama Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi penubuhan Lenggor Smart CFS Forest Living Lab, iaitu sebuah platform penyelidikan jangka panjang berasaskan konsep “living lab.”
Penubuhan itu bertujuan menjadikan ekosistem hutan sebagai makmal hidup untuk pemantauan biodiversiti, kajian ekologi dan pemuliharaan habitat secara berterusan.
Pemeteraian LoI itu disempurnakan oleh Prof. Rabiah bersama Syahrir Azrin Salleh, Pengarah Perhutanan Negeri Johor, sambil disaksikan oleh YB Syed Ibrahim.
Pertukaran dokumen kerjasama oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTHM, Prof Ts. Dr. Rabiah Ahmad bersama Pengarah Perhutanan Negeri Johor, En Syahrir Azrin Salleh, disaksikan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Datuk Hj Md Jais Sarday dan Dato’ Hj. Roslan bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar & Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Berita ini juga diterbitkan di:
1. Malaysia Aktif (malaysiaaktif.my), 19 Mei 2026: Eksplorasi Biodiversiti CFS Johor Perkukuh Pemuliharaan Hutan Negara
Eksplorasi Biodiversiti CFS Johor Perkukuh Pemuliharaan Hutan Negara
2. Suara TV (suara.tv), 22 Mei 2026: Eksplorasi Biodiversiti CFS Johor perkukuh pemuliharaan hutan negara
Eksplorasi Biodiversiti CFS Johor perkukuh pemuliharaan hutan negara
3. Berita Harian (bharian.com.my), 24 Mei 2026: Periuk kera ‘Nepenthes rafflesiana’, enggang badak ditemui di Central Forest Spine Johor
4. Astro Awani (astroawani.com), 24 Mei 2026: Periuk kera ‘Nepenthes rafflesiana’, enggang badak antara spesies direkodkan di CFS Johor
5. Bernama (bernama.com), 24 Mei 2026: Periuk Kera “Nepenthes Rafflesiana”, Enggang Badak Antara Spesies Direkodkan Di CFS Johor
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2560951
6. Bernama (bernama.com), 24 Mei 2026: Rare Nepenthes, Rhinoceros Hornbills And Tapirs Documented In Biodiversity Exploration
https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2560977
7. Asia News Today (asianewstoday.com), 24 Mei 2026: Rare Nepenthes, Rhinoceros Hornbills And Tapirs Documented In Biodiversity Exploration
Rare Nepenthes, Rhinoceros Hornbills And Tapirs Documented In Biodiversity Exploration
8. Daily Express (KK) (page: 5), 25 Mei 2026: Rare flora and fauna recorded in LenggorMersing Forest Reserves

10. Suara TV (suara.tv), 2 Jun 2026: Hutan simpan Lenggor & Mersing simpan khazanah biodiversiti bertaraf antarabangsa
11. The Star (page: 12), 4 Jun 2026: Fresh hope for rare Johor langurs
12. The Star Malaysia (thestar.com.my), 4 Jun 2026: Fresh hope for rare Johor langurshttps://www.thestar.com.my/news/nation/2026/06/04/fresh-hope-for-rare-johor-langurs
13. China Press (Johor) (page: C4), 5 Jun 2026: 费怫士葉腰锞育現職

14. Johor China Press (johor.chinapress.com.my), 5 Jun 2026: 莱佛士叶猴保育现曙光 实际数量或达700只
Hope Emerges for Raffles’ Banded Langur Conservation, Actual Population May Reach 700 Individuals
15. Makkal Osai (makkalosai.com.my), 5 Jun 2026: ஜோகூர் காடுகளில் அற்புதம்: உலகில் அழியும் விளிம்பிலுள்ள அரிய வகை ‘ராபிள்ஸ் லங்குர்’ குரங்குகள் கண்டுபிடிப்பு!


