Oleh Dr. Muhammad Ammar Shafi, Suriayati Baharom
KUALA LUMPUR, 27 Nov 2025 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah membuktikan daya saingnya di peringkat serantau Asia apabila berjaya meraih anugerah ‘Technoprenuership University of the Year’ ketika berlangsungnya Majlis Top Asia Corporate Ball 2025.
Anugerah tersebut disampaikan oleh YAM Paduka Puteri Tunku Mariamz Bte Almarhum Sultan Iskandar kepada Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Mas Fawzi Mohd Ali.
Gelaran itu bukan sahaja meletakkan UTHM di peta kecemerlangan Asia, tetapi juga mengukuhkan keyakinan dalam hala tuju universiti iaitu menjadi Global Technopreneur University 2030 (GTU2030).
Pencapaian itu adalah hasil daripada penilaian yang ketat merangkumi tiga tunjang utama yang menjadi intipati operasi universiti iaitu Prestasi Korporat, Kecemerlangan Inovasi dan Ekosistem Keusahawanan.
Tiga kriteria itu dilihat sebagai DNA baharu UTHM, yang menterjemahkan peranan institusi pengajian tinggi daripada sekadar pusat ilmu kepada penjana ekonomi dan penyelesai masalah komuniti.
Pengiktirafan itu juga menjadi pemangkin semangat untuk seluruh warga UTHM menunjukkan bahawa usaha berterusan mereka selama ini telah menghasilkan impak yang diiktiraf di persada antarabangsa.
Prof. Mas Fawzi berkata anugerah itu adalah pengiktirafan global yang mencerminkan usaha gigih universiti dalam mencapai hala tuju universiti iaitu Global Technopreneur University 2030.
“Lonjakan peratus dalam syarikat spin-off dalam kalangan pelajar dan staf UTHM, jelas menunjukkan betapa dinamiknya ekosistem kami yang dibangunkan melalui tiga asas kukuh iaitu Korporat, Inovasi dan Keusahawanan.
“Ini bukan sekadar trofi tetapi adalah tanggungjawab bahawa universiti perlu memastikan bahawa setiap penyelidikan yang dijalankan, setiap spin-off yang dibentuk dan setiap graduan yang dilahirkan mampu memberikan sumbangan bernilai tinggi kepada ekonomi dan masyarakat.
“Ekosistem yang bersifat menyeluruh ini bermula dari mengenalpasti potensi keusahawanan seawal tahun satu dan disusuli dengan program pemantapan sehingga mereka lahir sebagai syarikat terbitan dan kemudian menjadi usahawan alumni yang kembali meyumbang kepada institusi,” katanya.
UTHM bersedia untuk memacu agenda kebangsaan dalam memastikan Malaysia memiliki generasi teknopreneur yang berdaya saing dan berupaya menakluki pasaran global.

Berita ini juga diterbitkan di:
1. Bernama (bernama.com), 28 November 2025: UTHM Raih Anugerah Universiti Teknousahawan 2025 Di Peringkat Asia
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2496510
2. Bernama (bernama.com), 28 November 2025: UTHM Named Asia’s Technopreneurship University Of The Year 2025
https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2496572
3. Malaysian Tribune (malaysiantribune.com), 29 November 2025: UTHM Named Asia’s Technopreneurship University Of The Year 2025
https://malaysiantribune.com/uthm-named-asias-technopreneurship-university-of-the-year-2025/
4. Malaysia Gazette (malaysiagazette.com), 29 November 2025: UTHM raih anugerah ‘Technoprenuership University Of The Year 2025’ di pentas Asia
5. Astro Awani (astroawani.com), 29 November 2025: Belia Mahir rangkul anugerah Top 10 Asia
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belia-mahir-rangkul-anugerah-top-10-asia-549692
6. Harian Metro (muka surat: 37), 1 Disember 2025: UTHM tempa nama di pentas Asia

7. MyMetro (hmetro.com.my), 1 Disember 2025: UTHM tempa nama di pentas Asia
UTHM tempa nama di pentas Asia
